19 December 2009

Dasar Baru Sains Dan Matematik Martabatkan BM Perkukuhkan BI

Setelah tujuh tahun dilaksanakan dan terus menjadi isu hangat, kerajaan akhirnya mengumumkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012.Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada 8 Julai lepas. Ia adalah antara keputusan paling penting oleh Muhyiddin hanya tiga bulan selepas dilantik menerajui kementerian itu.Pelantikan Muhyiddin ke jawatan itu menunjukkan betapa pentadbiran baru kepimpinan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak mengutamakan aspek pendidikan.PPSMI bakal digantikan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), yang menurut kerajaan, tidak merugikan mana-mana pihak sama ada yang menolak mahupun pun menyokong PPSMI kerana dasar baru itu bertujuan memberikan keseimbangan.Katanya segala persiapan sudah bermula kerana kerajaan tidak mahu terjerumus lagi dalam ketidakpastian apabila sesuatu dasar diperkenalkan.Bukan sekadar memansuhkan PPSMI, komitmen dan keikhlasan kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan terus diperlihatkan apabila lebih RM30 bilion diperuntukkan untuk bidang pendidikan menerusi Bajet 2010.Kementerian itu juga meletakkan empat matlamat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan, iaitu :
-memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah,
-meningkatkan kadar literasi dan numerasi,
-mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, dan
-guru besar berprestasi cemerlang.
Muhyiddin juga menekankan perbelanjaan sederhana bagi projek infrastruktur pendidikan, kerana baginya, peruntukan yang lebih seharusnya disalurkan untuk meningkatkan kualiti guru kerana guru yang benar-benar berkualiti lebih memberi manfaat berbanding infrastruktur fizikal yang tersergam indah.Beliau juga mengumumkan pendidikan prasekolah bakal menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi meningkatkan penguasaan BI bermula dari peringkat awal selain untuk meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20 peratus pada 2012.Guru BI yang sedia berkorban untuk berkhidmat di luar bandar pula diberi insentif tambahan bagi memastikan pelajar di luar bandar tidak ketinggalan apabila strategi memperkukuhkan bahasa itu dilaksanakan pada 2012.Pengetua dan guru yang berjaya menaikkan mutu pendidikan pelajar juga akan diberi imbuhan berpatutan."Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang akan diteruskan oleh kementerian untuk tingkatkan profesionalisme para pendidik di seluruh negara," katanya.Cadangan sekolah satu aliran yang dikemukakan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menimbulkan perbahasan sehingga di Parlimen.Ia juga mendapat perhatian Perdana Menteri yang berpendapat sistem pendidikan negara akan bertukar kepada sekolah satu aliran hanya apabila rakyat bersedia dan dikehendaki semua pihak.Muhyiddin pula menyifatkan sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini sebagai satu "takdir sejarah" yang hanya boleh diubah sekiranya semua kaum bersedia untuk menerima dan mengamalkan sistem aliran lebih bersepadu.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyokong padu cadangan itu kerana beranggapan perpaduan yang terbaik hanya akan dapat dibentuk melalui pendidikan.Meskipun wujud pelbagai isu, sistem pendidikan di Malaysia tetap mendapat pengiktirafan sebagai antara yang paling berjaya dalam menyediakan akses kepada pendidikan untuk semua rakyat.Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara sekaligus menempatkan Malaysia dalam kalangan negara yang berada pada aras tinggi.Pujian juga harus diberikan kepada seluruh penjawat awam di kementerian itu yang menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi dalam menangani permasalahan, termasuklah langkah bersiap sedia menghadapi wabak influenza A(H1N1) dan bencana banjir di sekolah.(Sumber: Bernama - 10/12/2009 - 10:50am)

18 December 2009

shopping kat KL

Penat sungguh one day trip ni..keluar kul 8.00 pagi dengan cuaca hujan renyai2 dan alangkah indahnya kalau dapat smabung tido..tapi sebab nak berjalan dan shopping kat kl ku gagahkan juga bangun awal dan membawa bersama anak2 yang sedang enak dibuai mimpi..ingat nak mandikan budak2 ni kat sungai lentang tapi melihatkan cuaca yang sejuk sehingga ke karak terpaksala ku kuburkan keinginan itu sebab pastinya air sungai itu sesejuk air dalam peti ais. Maka budak2 ni mandi kat masjid karak ajela..nasib aku dah mandi kat rumah..sampai kl terus pergi tempat yang dituju, segambut, ambil hood dan hob, dah ambil puas hati rasa..cemana rupanya??

Cam ni la rupanya..masih dalam kotak..nanti kalau dah gantung ku tunjuk lagie..


ingat nak pergi jalan-jalan kat bird park, tapi memandangkan kwsn tu dah sibuk sbb org nak sembahyang jumaat dan perut lapar untuk diisi, sekali lagi hasrat terkubur, sudahnya pergi alamanda putrajaya makan kat 'chicken rice shop'..tak pernah makan kat situ best jugak..especially kerabu mangga dia..then bawak budak2 ni main playground..sembahyang kat masjid putrajaya dan budak2 ni dok round air pancut depan masjid..


kat dalam alamanda

dan aku jugak dapat benda yang dihajati DVD Inconvenient truth untuk tontonan students2 batch ini untuk subject 'human and environment'..tak payah lagi buat assignment, tengok movie dan buat summary hantar kat lecturer sebagai bukti kehadiran..dah dapat credit untuk chapter tu..senang kan..

dan tak lupa untuk satu lagi hajat tertunai..beli kipas untuk rumah baru, tapi entah apa2 la kedai ni ada ke hanya boleh beli dua tak boleh lebi..aiseh..kami nak beli 7..kipas remote sume..malas nak tekan dan pusing kat dinding..he..he..

dan jam 9.30 malam sampai kuantan balik..ONE DAY TRIP

17 December 2009

KURSUS KPI

pernah dengar KRA?? bukan kera dan bukan juga kura-kura..Key Result Area..sejak PM baru YB Najib ni dia ada perkenalkan NKRA:


ini dia intipati NKRA


Najib umum enam NKRA untuk kurangkan jenayah dan perangi rasuah
Enam menteri akan terajui NKRA


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah.
Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
"Saya ingin mengisytiharkan bahawa bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan," katanya ketika berucap di majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Menurutnya bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan

Berikutan dengan ini KMPh tidak ketinggalan untuk menetapkan 4 KRA untuk KMPh, dengan itu KMPh menjemput Dr. Balasandran A. Ramiah dari IAB Utara untuk menjelaskan tentang KRA dan juga KPI. Sungguh berkesan dan berfaedahnya kursus dan bengkel ini. Terima kasih KU kerana memilih aku untuk mewakili unit bio untuk bengkel ini. Dengan berakhirnya kursus ini KRA kolej ialah Akademik cemerlang, staf berkualiti, sahsiah seimbang dan khidmat sokongan cemerlang. Selepas ini pengarah kena melantik 'menteri' untuk setiap KRA kolej ini..seronok dan bermotivasi..

Rumah dah siap..bila nak pindah ni




Ewah..ewah..nampak segak pulak rumah ni..rumah dah siap tapi tak boleh nak pindah masuk lagi sebab belum habis 'make-up'. Grill belum masuk lagi, siapa ada contact orang buat grill dengan harga berpatutan bolehla masuk tender. Cat rumah tu amacam? mula2 rasa tak puas hati gak sebab dalam katalog nampak lain dah cat lain pulak jadinya, belum tengok dalam rumah lagi warna-warni, macam nursery pun ada, tapi takpe bila dah masuk barang nanti tahulah den nak buat cemano.

14 December 2009

lama tak update blog..

Salam semua..

Lama dah tak update blog, banyak aktiviti-aktiviti yang tak disangka-sangka datang bertali arus..ditambah dengan line internet yang kurang elok dirumah mahupun di pejabat. Sibuk tidak kira masa, ada waktu terluang pula sedaya upaya digunakan untuk merehatkan diri dan minda..dipejabat sibuk dengan kerja yang tidak pernak habis dan dirumah pula sibuk dengan tanggungjawab ibu untuk anak-anak dan isteri kepada si suami yang juga tidak pernah nampak 'tak sibuk'..

Semalam baru sahaja pulang dari selesai satu big event..kenduri adik ipar SUFILAWATI..lega rasa, majlis berjalan lancar, cuaca baik dan yang penting semua orang gembira..





anak-anak yang sporting!!

cantiknya 'mak ngah' hari ni..

MB N9 pun ado..siap cakap ngan ichsan lagi..



dah selesai majlis..kami balik la











21 October 2009

bergumbira di TC

last Sunday kami bergumbira di TC...ingat nak g makan je tapi bila dah nampak orang kecoh2 tengok bola FAM bola pantai kami pun join tengok bola sekali..seronok juga tengok orang main bole ni seronok lagi melihat gelagat penonton-penonton..lepas tengok ornag main bola kami anak beranak menyerang padang bola dan bergambar dengan pelbagai aksi dan juga tidak terlepas peluang menyerang pantai.

imran dengan gaya penjaga gol


"happy family"


banana boat..

Imran, Izzah dan Ichsan buklan main suka lagi bermain dengan air laut, habis baju basah. terpaksa bilas kat mc Donald..on the way balik, jalan2 ke parking imran pulak jatuh kepala terkena longkang, terbelah. terus ke klinik al farabi, kena dua jahit..melolong imran.




lepas jahit kat al-farabi..

15 October 2009

Good Luck..

Esok, paper biology 1. takut pulak rasanya..kalau lect bio takut, apatah lagi student. Tapi kan saya lihat petang ni takde seorang pun datang bertanya dan takde seorang pun yang datang untuk share apa yang ada di kepala..mungkin dah study habis kot..dah ready 100% ke???

So untuk paper biology esok, do the best dan jangan buat careless mistake apatah lagi 'stupid mistake' ye!!

mdm sallehattun