31 March 2009

rumahku syurgaku..




Rumahku..syurgaku..
SEronok bila berada dirumah dengan keluarga..seronok juga dapat menghias rumah mengikut citarasa sendiri..dok rumah kerajaan ni limited sikitla nak menghias rumah, takleh nak ketuk rumah sebarangan, nak cat colour sesuka hati pun tak leh..dinding rumah dah bercorak dah..anak2 aku sume berseni..untuk mengzahirkan kesenian mereka, dinding rumahla jadi mangsa..
aku suka berkebun..tapi oleh kerana rumah dok atas langit takde tanah..maka terpaksala buat taman pokok sume dalam pasu..

yang ni pun dah sampai...


seronok bila dapat 'hadiah'..hadiah dari diri sendiri..beli bayar dan sampai..cloth diapers again..again..
yang ni beli dari LUNATOT, pembekalnya Hazarina..rupa-rupanya tokey ni member kepada Azida (lecturer kat sini) kecil sungguh dunia ni. CD ni lebih nipis dari CD yang beli NiceCloth Diaper, compare dengan harga pun tentulah berbeza ye tak? Matrial cover nampak macam lebih kurang serupa cuma insert untuk Lunatot ini lebih kecil dan nipis, Cover Lunatot nampak tak tahan sangat terutama kat tempat getah tu..kalau loss getah tu boleh ganti kot..kena bukak dan jahit balik la..itu semua di tanggung beres..bab adjust2 jahitan ni memang aku pakar..
Sampai CD ni kat opis ramai yang nak tengok..dan nampaknya sampai juga message CD ni kat kawan2 terutama ibu2 baru yang bakal mendapat baby. Seperti yang aku cakap kat diaorang, aku tak jual barang ni tapi aku jual awareness!! SAVE OUR PLANET!!





Ramai yang nak tahu pasal CD ni, so aku ingat nak bagi same artikel untuk diorang baca..seronok bila kawan2 tahu pasal ini dan ada yang nak cuba..good luck friend!!

dah sampai...


yeah..yeah..dah sampai pun barang yang aku order..baby sling dari BabyLoth..seronok, balik terus test kat Izzah Iwani, cukup seronok sampai tak nak turun. tapi disebabkan Iwani tu berat dan dah besar, dia tetap berat walaupun dukung pakai apa pun. Tetapi yang seronoknya crrier ni membuatkan kita 'hand free' dan rasa selamat sket dukung anak walaupun mereka 'meliar'.



Material babysling ni best, silk tak licin dan rasa tak panas, siap ada pocket untuk letak barang2 kecil. Rasanya kalau pegi jalan2 tak payah bawak handbag, bawak je babysling ni letak small purse je kan..

Orang kata macam Indon..tapi takpe..memang 'indon' kat rumah aku pun pakai macam ni tapi pakai kain batik yang mak aku kasi ler..apa orang nak kata, katala tapi yang penting kita selesa dan tak menyusahkan orang. Ramai yang tidak tahu sebenarnya untuk baby carrier ni siap ada persatuan lagi. Persatuan baby wearing kat Malaysia, teringin nak join, tapi semua ni banyak kat KL..nampaknya kena buat persatuan sendirile kat sini..cita2 besar tuh!!



betulla orang kata dah beli baby punya barang2 ni rasa addicted..rasa nak beli jenis lain pulak..baby pouch ke..pelaburan untuk anak2 yang akan datang juga kan..he he

25 March 2009

Imran kat school

Imran kalau kat sekolah bukan baik hebat lagi dia..asyik kacau orang aje..ni best friend dia Danish, fasih cakap melayu tu yang Imran boleh kawan tu..tapi tengok asyik main-main je..cucuk kaki orng tu ler, main keletek2 le..tarik tarik beg le..macam2. tak padan kecik Imran ni..


Gambar blur plak..

Tahun depan nak sekolah mana plak Imran? dah dua tahun kat Charis ni. cepat sungguh masa berlalu

rumah...


hai..rumah..rumah..orang beli rumah kita pun nak beli rumah..alang2 beli biar yang puas hati terus..tapi macam2 ragam nak beli rumah ni..dah hampir dua tahun tak setle2 lagi, maklumla semua nak yang de best..dari harga sampaila kerangka rumah.

SEkarang baru nak proses loan kerajaan tapi nak sampai sini tunggu punya tunggu..banyak sangat proses itu ini..SnP dah siap, semalam hantar untuk dinilai kat Pejabat Penilaian baru boleh hantar ke Perbendaharaan..

Gi tengok tapak rumah..rumah ku yang damai..dalam hutan gitu..sape g rumah aku jangan terkejutla..tapi syok ni kalau nak tidur ni..


23 March 2009

kursus..kursus..

kursus..kursus..tak henti-henti kursus. Setiap tahun ada je kursus baru dan ada juga kursus yanag berulang..kursus mungkin tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan menambahkan pengetahuan pensyarah, namun jika terlalu banyak kursus dan kursus dilakukan pada hari-hari kelas adakah itu juga akan mengganggu tugas hakiki pensyarah iaitu P&P?? pensyarah terpaksa menggantikan kelas dan jika tidak diganti kesannya pada anak didik kita yang telah ketinggalan kelas. Kursus yang dilakukan hujung minggu pula memang mengganggu cuti hujung minggu pensyarah. TENSION gak..keluar cerita kursus ini bila pagi tadi datang kerja ada surat kata atas meja kena g de rhu beserah kursus Instructional Language bersambung pula dengan minggu depan ada bengkel kerja plak kat KL..




Anak-anak cemane??

daddy ada kursus gak kat UMP..solutionnya mummy akan berulang ke de Rhu..
yang kat KL hantar budak2 ni kat rumah atuk kat seremban..sorry kids..

22 March 2009

Aktiviti hujung minggu

Sabtu dan Ahad merupakan hari hujung minggu untuk semua family. Apabila sampai aje hari Jumaat dalam kalendar kerja mulala rasa penuh semangat untuk bercuti..malas dah nak kerja walaupun kerja bertimbun2. Sebagai warga pendidik macam aku ni..ada saje kerja di bawa balik kat rumah, kertas kuiz budakla, nota kuliah belum siapla..nak buat report RnD la...banyak2..semua tu konon2 je bawak balik tapi Hari Isnin bawak balik kat Opis..he he..
Aktiviti hujung minggu baru-baru ini (Sabtu) keluar berlima ke EC Mall. Sampai je dua budak tu dah terjah ke tempat 'game' tension...tunggu depa main dulu..mummy ngan daddy nak survey barang ni (survey dulu sbb belum gaji).




Tunggu punya tunggu baru g makan. Ichsan dah mengamuk lapar..nasib bawak bubur dia makan kat Pizza
menu:

Ichsan - bubur nasi campur carrot+ayam (bikin dirumah)
Imran dan Iwani - spagethi
Mummy dan daddy - Pizza dan chicken ball (favourite dady)







Ichsan dah kenyang sempat lagi membuli abg!!!



Hujung minggu sentiasa penuh..ni pun ambik sedikit waktu untuk bersama keluarga. Schedule hujung minggu selalu full dengan daddy ada kursus setiap minggu sampai Mei.
Mummy pulak sibuk hujung minggu dengan kelas part time mummy, lepas ni kalau dady sambung belajar plak..lagila kekurangan hujung minggu...

21 March 2009

PTK

pepriksaan Tahap Kecekapan..suatu peperiksaan yang harus diambil oleh kakitangan awam. Bagi kamni yanag bregred DG ni kena juga ambik exam, walaupun dah lama meninggalkan alam peperiksaan (walaupun asyik buat exam kat student) namun feel ambik exam tu lain..

Last Thursday, all DG 41 pergi ambil exam PTK kecuali aku dan rakan-rakan yang dah melepasi tahap kecekapan..pelbagai andaian daripada kawan2 yang mengambil exam PTK, soalan susah, soalan bayak aplikasi, soalan tak sesuai untuk kami dan banyak lagi. Ada pula yang tal puas hati, baca buku bagai nak 'rak' tapi keputusan yang cukup makan pun, ada yang baca buku 'ciput' tapi result 'gempak' dari orang yang baca buku tak tidor malam..so apakah sebenarnya peperiksaan PTK ini..adakah ia sekadar mainan POLITIK atau betul-betul menguji kecekapan& pembacaan kami..

17 March 2009

Sembahyang Jumaat

Last Friday, waktu sembahyang Jumaat aku sempat ke Kuantan, Pergi pejabat lawyer ambil SnP rumah baru..pergi ngan hubby..dekat jam satu berkejar pegi Masjid untuk hubby menunaikan sembahyang Jumaat. aku tunggu dalan kereta je..sambil menunggu hubby tu, parking kereta kat sebelah restoran yang tutup (mungkin buka pada watu malam je kot)..datangla sekumpulan budak2 (dalam tingkatan 1 atau 2)siap sedia nak pergi sembahyang la ni...nampak duduk2 kat kerusi restoran, ingat nak tunggu kawan2 yang lain boleh sembahyang sekali..rupanya pekerjaan mereka ialah...



cuba tengok kat tangan budak tu..itukan rokok..siap sorang satu rokok lagi..nampak aku ambil gambar..muka masing2 dah berubah salah sorang tu kata..wei cikgu la wei..mana dia tau? muka aku ni muka cikgu ke?..rupanya aku pakai nametag..lupa nak cabut..sepanjang2 perjalan ke pejabat lawyer tadi terpampang nama kat tudung ni...malu wei..

dengan menunjukkan muka samseng mereka mereka beralih tempat supaya aku tidak nampak..dah habis rokok..sambung pula dengan tontonan movie kat handphone..khutbah jumaat kat masjid ni seiring dengan sorakan mereka..habis khutbah..jemaah sembahyang mereka berjemaah di restoran tu..sudah selesai sembahyang hubby sampai..mereka pun turut sama balik dengan bangganya mereka selesai 'sembahyang Jumaat'.

Apakah perasaan ibubapa mereka apabila mendapat tahu anak mereka yang disangka sembahyang Jumaat rupanya berjemaah 'rokok' dan telefon...

Cakap ngan hubby, agaknya anak2 kita nanti cemane???

Susu Ibu..


Ichsan dah 7 bulan tapi masih menyusu badan..Alhamdulillah, kalau boleh biarlah sampai dua tahun dia menyusu..susah tak pe janji Ichsan dan still neneng mummy..seronok bila anak menyusu badan ni terasa ada satu pertalian atau perasaan yang sangat rapat dengan anak..hanya ibu yang menyusukan anak sahaja yang memahami perasaan ini..satu kepuasan yang tak terhingga..aku suka satu artikel dari dr azwan ni...

susu ibu vs susu lembu..hayatilah..sekadar perkongsian ilmu

Salah satu yang membezakan di antara manusia yang bergelar ibu@ ummi@ emak dengan makhluk Allah yang lain termasuk insan bergelar bapa@ abah, segala haiwan-haiwan dan serangga2… tak lain dan tak bukan ialah… SUSU IBU…. (Well, susu drpd ibu lembu dipanggil susu lembu atau susu awal lembu kan?…. bukan susu ibu lembu). Sila baca artikel ini sehingga habis.. mungkin anda boleh sampaikan kepada ibu2 lain…


Kelebihan Susu Ibu Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.
Ok lah.. anda memang meminati susu formula atau susu lembu… Tak pe.. tapi anda harus ingat..

- Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda. - Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..

- Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…

- Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…

- Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu... - Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.

Susu Tak Cukup

Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...

- Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.

- Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven

- Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…

- Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi. - Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... lihat di bawah...

Simpan Susu Ibu di dalam FREEZER?
Tak Bohong! Memang boleh masuk dalam freezer. Saya pun pernah buat… Walaupun mendapat tentangan daripada family awal-awal dulu… Kata mereka nanti anak kembung.. anak sakit… susu tak elok… Saya teruskan juga… Hasilnya, anak-anak saya mendapat susu ibu sehingga 5-6 bulan walaupun orang rumah bekerja. Mudah aje.. guna breast pump, masukkan dalam bekas plastik kecik… letak tarikh.. masukkan di dalam freezer (beku). Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!· Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam· Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)· Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan – 6 bulan. (Wow! Tak tahu pun!)· Untuk mencairkan susu beku, jangan guna microwave, air panas, atau air menggelegak. Cuma rendamkan di dalam air suam kuku atau air biasa sebelum digunakan, atau letakdi fridge bawah beberapa jam sebelum direndam di dalam air suam. Kemudian boleh transfer di dalam botol...

Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman… tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan … 'Happy breast feeding"


tiga budak main 'game'

saksikan gelagat tiga beradik ni main game komputer....muahahaha

budak comei..


anak sapo ni..comeinya

senyum..seindah suria....yang membawa cahaya...senyumlah dari hati..

Senyum
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum...
kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga

Senyum...
membahagiakan
Dengan senyuman
terjalinlah
Ikatan...

girl's day


Last saturday, i was invited by my students to be a judge for 'pertandingan jahit bantal'..wah..wah..semangat student perempuan ni menganjurkan 'girls day'. Antara aktiviti yang diadakan ialah kursus pengurusan diri, jualan dan pameran, demostrasi pemakaian tudung, buat sandwich, buat hantaran, jahit bantal dan gotong royong. So far lihat penglibatan dan kreativiti pelajar-pelajar ni mantap juga. so girls..go girls day!!!


KESOPANAN DAN KEANGGUNAN ITULAH KECANTIKAN..

16 March 2009

mana izzah dan imran...


ni dia imran dan izzah..dua beradik asyik buli membuli je..kesian kat izzah tu, abg tu muka je jambu tapi kuat membuli tu..
kalau baik tu siap boleh menyanyi sama-sama lagi..baca buku sama-sama, sume buat sama-sama la..adik beradik la katakan..

my passion

Kalau sebut pasal my passion sudah tentu la aku akan tunjuk baju2 manik hasil jahitan ku..mula2 minat sikit2 lama2 kemaruk macam nak jahit semua baju..namun apakan daya masa..masa sungguh cemburukan aku dan manikku..




ni baru satu..ada banyak lagi..dan lagi..dan lagi...





mana satu pilihan ku

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...

Fikir...

Fikir...

Fikir...

Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?Baik, mari kita semak jawapan anda...apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

** aku dah cuba, kalau aku, aku angkat baby menangis

breakfast..

Pagi tadi kelas dari kul 8 sampai 10..so tak sempat nak breakfast kat cafe..just buy same 'karipap' dan 'eggtart' yummy..





15 March 2009

cloth diapers


cloth diapers..


Aku first time CD ni terus jatuh cinta..walaupun bila survey2 harga nya mencecah RM50 above (kalau yang ok ler..)..hasil daripada study kat forum2 web2 yang berkaitan..rasanya ibubapa perlula bertukar kepada CD.


Keputusan untuk menggunakan Cloth Diaper(CD) adalah suatu keputusan yang besar seperti Breastfeeding(BF) iaitu memilih ‘kesusahan’ walaupun ada yang lebih senang (seperti disposable diapers & susu formula). Dan pastinya keputusan yang anda sebagai ibu (atau bapa) pastinya selepas mempertimbangkan beberapa faktor.Jika ditanyakan pada empunya badan diri sendiri, mengapa saya berubah kepada Cloth Diaper?


Ianya sekadar pendapatan saya, owh, I just love it!


Aku start pakai kan ichsan waktu malam..so far resultnya ok tak bocor..boleh plak cuba untuk kakak dan abangnya nanti..imran walaupun dah 4 tahun lebih malam mesti pakai diapers kalau tak esok pagi buat kerja part time basuh tilam ler...




12 March 2009

anjakan gaji


Salam.. setelah lulus PTK1 dengan gred 4 akhirnya dapat anjakan gaji..tak sia-sia study siang malam (depan TV), banyak tengok tv sebenarnya dari study. paper yang last aku ambil pada 21 Ogos 2008 (tarikh lahir ichsan). Pagi tu sebelum pegi pereksa dah rasa macam tak sedap hati je, dah siap2 rasa macam 'kuar tanda' nak bersalin je. Cakap ngan hubby takleh gi peksa sendiri ni, hubby hantar dan lepas tu kita g sepital. tup..tup..siap lawa2 pegi makan breakfast dulu, minum air milo tapi perut ni rasa contraction skit2 ni..dalam hati kata janganla beranak lagi, biorle g preksa dulu. nasib tempat peksa on the way je nak ke HTAA. Sampai tempat exam, tak start lagi tahan contarction, dah tak tentu arah ni..duduk tak kena berdiri tak kena, jam 830 start exam, baca bismillah, jawab dengan tenang 1/2 jam je jawab terus hantar dan keluar. Cakap kat hubby jom g sepital.

Sampai HTAA contraction dah 1/2 jam sekalini..tunggu kejap register wad..jumpa plak nurse yg selalu check kat klinik.katanya 'lawanya nak pegi bersalin siap bergincu bagai'..he..he..senyum kambing je ler..dah sakit ye tak...jam 300 baru masuk labour room, 333 ichsan kuar..ichsan ni mmg 'ong' no 3..anak ke 3, lahir jam 333, ic no -0303, san dalam bahasa cina maksudnya 3..nasib baik paper exam tu dapat 4!!

Hasilnya..anjakan gaji kali pertama...rezeki namanya..

11 March 2009

ichsan makan kaki


Alamak..orang tua-tua kata kalau baby dah makan kaki dia nak adik..ye ke??

Ichsan ni dari umur 4 bulan dah gemar menghisap jari kaki sendiri..kekadang jari orang lain pun dia hisap sama..ni bukan nak adik ni ni kira tabiat pelik ni..he he..

seminar integriti


Tanggal 6 Mac yang lalu, kami warga pendidik kmph menghadiri kursus integriti.



06 March 2009

akhirnya..

Akhirnya aku dapat create blog untuk diriku sendiri..buat tatapan diriku, hubby, anak2 rakan2 dan juga student2 aku..