20 April 2009

rindu....

rindu kat hubby dan anak-anak...

17 April 2009

recycle paper



Hujung2 semester ni..masing-masing dok kemas cubicle..cubicle aku masih semak ingat cuti ni bila semua orang dah takde baru nak 'make over' my cubicle..make it nice and sweet..tetapi cemane ek..bukannya reti sangat nak menghias cubicle ni..lagipun barang2 terhad..benda pertama yang aku buat settlekan kertas-kertas yang nak dibuang..so we all call tokey recycle paper..ambik kau..satu lori kertas unit bio..banyaknya pembaziran kertas dan kerosakan alam sekitar berlaku..berap banyakkah pokok yang telah ditebang untuk menghasilkan kertas satu lori tu ye??

Once the paper is collected it is then:

- Sorted, graded and delivered to a paper mill.
- Once at the paper mill it is added to water and then turned into pulp.
- The paper is then screened, cleaned and de-inked through a number of processes - until it is suitable for papermaking.
- It is then ready to be made into new paper products such as newsprint, cardboard, packaging, tissue and office items.

It can take just seven days for a newspaper to go through the recycling process and be transformed into recycled newsprint which is used to make the majority of Britain’s national daily newspapers

14 April 2009

my children favourite song...


doe
a deer a female deer
ray
a drop of golden sun
me
a name I call myself
far
a long long way to run
sew
a neddle pulling tread
la
a not to follow so
tea
a drink with jam and bread
that will bring us back to doe..ooo

this is also..

The lonely goatherd
Maria:
High on a hill was a lonely goatherd
Lay ee odl lay ee odl lay hee hoo
Loud was the voice of the lonely goatherd
Lay ee odl lay ee odl-oo
Folks in a town that was quite remote heard
Lay ee odl lay ee odl lay hee hoo
Lusty and clear from the goatherd's throat heard
Lay ee odl lay ee odl-oo

the Children:
O ho lay dee odl lee o, o ho lay dee odl ay
O ho lay dee odl lee o, lay dee odl lee o lay

Maria:
A prince on the bridge of a castle moat heard
Lay ee odl lay ee odl lay hee hoo
Kurt:
Men on a road with a load to tote heard
Lay ee odl lay ee odl-oo

the Children:
Men in the midst of a table d'hote heard
Lay ee odl lay ee odl lay hee hoo
Maria:
Men drinking beer with the foam afloat heard
Lay ee odl lay ee odl-oo

One little girl in a pale pink coat heard
Lay ee odl lay ee odl lay hee hoo
Brigitta:
She yodeled back to the lonely goatherd
Lay ee odl lay ee odl-oo

Maria:
Soon her Mama with a gleaming gloat heard
Lay ee odl lay ee odl lay hee hoo
What a duet for a girl and goatherd
Maria and the Children:
Lay ee odl lay ee odl-oo

Maria and the Children:
Ummm (ummm) . . .
Odl lay ee (odl lay ee)
Odl lay hee hee (odl lay hee hee)
Odl lay ee . . .
. . . yodeling . . .

Child:
One little girl in a pale pink coat heard
Maria:
Lay ee odl lay ee odl lay hoo hoo
Child:
She yodeled back to the lonely goatherd
Maria:
Lay ee odl lay ee odl-oo

Maria:
Soon her Mama with a gleaming gloat heard
Lay ee odl lay ee odl lay hmm hmm
What a duet for a girl and goatherd
Lay ee odl lay ee odl-oo

Maria and the Children:
Happy are they lay dee olay dee lee o . . .
. . . yodeling . . .
Soon the duet will become a trio
Maria:
Lay ee odl lay ee odl-oo

Maria and the Children:
Odl lay ee, old lay ee
Odl lay hee hee, odl lay ee
Odl lay odl lay, odl lay odl lee, odl lay odl lee
Odl lay odl lay odl lay

the Children:
HOO!

tips kesihatan.


i love this...my daily exercise

gagal ke universiti bhgn 3


Tanda ketiga yang anda perlu perhatikan ialah ‘ tidak bawa payung, salahkan hujan’. Ini adalah ditujukan kepada pelajar yang suka menuding jari untuk menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kelemahan diri sendiri.

Anda adalah orang yang sangat malang jika…

Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana? berada di tengah jalan anda.
Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau.
Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan.
Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih.
Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti.

Mungkin situasi yang saya bayangkan kelihatan agak ekstrem dan keterlaluan. Anda tidak mungkin mempunyai ciri-ciri begitu bukan? Namun pernahkah anda ada rasa anda dapat gred yang tidak baik kerana pensyarah anda membosankan, tidak pandai menarik perhatian dan tidak pandai menerangkan sesuatu dengan jelas? Pernahkah anda merungut atau terfikir, “pensyarah aku ni tak pernah belajar teknik presentation ke?” Akibat rungutan ini, anda mula tidak berminat apa yang pensyarah anda ajarkan. Apa kata kita lihat situasi sebenar di universiti pula.

Anda pilih untuk duduk kerusi paling belakang dewan kuliah dan kemudian merungut suara pensyarah terlalu perlahan.
Anda tidak membaca bahan bacaan asas untuk kuliah dan kemudian merungut pensyarah mengajar terlalu laju.
Anda lewat 15 minit ke kuliah dan merungut apa yang diajarkan terlalu sukar difahami.
Anda tidak pernah berjumpa pensyarah untuk bertanya apa yang diharapkan dalam assignment yang diberi. Apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan, anda kata pensyarah ini kedekut markah dan pilih kasih.
Anda tidak membuat persiapan rapi untuk presentation lalu gugup dan terlalu gementar semasa sesi presentation. Anda salahkan pensyarah kerana mewajibkan presentation.
Apa kata hari ini anda fikirkan sejenak semua rungutan dan keluhan yang pernah diluahkan atau terlintas di hati anda. Fikirkan juga jika ini adalah tanda bahawa anda akan gagal di universiti.

13 April 2009

ichsan is growing up..


imran merempit



wow..imran merempit..saksikan kehebatannya..pegi megamall habis semua orang dilanggarnya

baby sling..





semalam buat family outing kat Kuantan Megamall, Iwani tidur dalam perjalanan so bila sampai kat megamall princess nilah dok atas stroller, ichsan terpaksa dukung (ichsan pun tak nak dok stroller). so mengambil kesempatan ini ku gunakan baby sling ni. Mula2 rasa macam malu gak sbb rasa mcm indon tapi bila pakai, nasib baik ada benda ni..lasaknya ichsan sekarang..dia boleh berdiri dalam baby sling ni lagi..kemudian dia mengamuk nak tido, so gunakan kepakaranku menyusu sambil berjalan..bagusla orang tak perasan pun ichsan pun dapat tido sambil menyusu.

Jalan punya jalan ada makcik ni tegur "selesa tengok budak dalam tu, beli kat mana?" rasa bangga bila ada orang tanya dan mata yang memandang emmangla banyak..indon pun indon la janji aku tak penat dan dapat control ichsan sepenuhnya!! Well done baby sling!!

12 April 2009

BENCI ROKOK!!!

dah 3 kotak aku jumpa dan buang!!!




Nikmat Yang Membawa Celaka
Setiap sedutan pasti membawa padah.Menghisap dan ketagihan hanyalah nikmat yang memberi masaalah kepada anda .Berpandukan kepada fakta, ketagihan dadah dan rokok akan memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah ia akan memusnahkan nilai murni sifat kemanusian.

Rokok mengandungi tar, nicotine dan bahan kimia lain yang mendedahkan kita kepada penyakit paru-paru seperti barah dan tibi.Malah dengan kekerapan merokok, ia akan menjadi pendek umur. Setiap sedutan asap rokok akan memberi kesan yang buruk kepada otak,dan akan mengakibatkan pendarahan. Inilah menjadi punca ramai dikalangan perokok perokok amat terdedah kepada risiko yang amat merbahaya dan pendek umur.

Kesan Terhadap Keluarga Dan Persekitaran
Anda sayang anak anda ? Isteri anda? Keluarga anda? Sudah pasti anda tidak mahu menjerumuskan mereka kepada bahaya hasil daripada kegiatan merokok anda . Kerana setiap saat anda menghisap rokok, dengan tidak sengaja orang-orang di sekitar anda menabung zat-zat karsinogenik yang menunggu waktu untuk berkembang menjadi penyakit. Ini bermakna , mereka juga terdedah kepada kemudaratan. Terutama anak-anak kecil yang sensitive kepada asap rokok .

Asap rokok merendahkan fungsi dan keaktifan peparu kerana peparu mereka masih dalam peringkat tumbesar. Asap rokok yang dihidu mengandungi sebanyak 4000 bahan kimia, 200 daripadanya adalah beracun dan 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Kesannya , anak-anak cenderung untuk mengalami pneumonia, penyakit peparu dan juga penyakit lelah (asthma ).

Cegah Sebelum Parah
Jadi mengapa anda perlu merokok ? Sedangkan anda sendiri akan mengakibatkan musibah kepada orang lain. Anda sudah bersedia untuk berbelanja beratus-ratus ribu untuk menyelamatkan satu nyawa hasil tabiat buruk merokok anda ? Pilihlah jalan yang lebih selamat demi masa depan dan kebahagian anda sekeluarga .

duit tu baik bagi aku..beli susu dan pampers anak!!

SAYANG KELUARGA TAK??

duka dan stress??

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca doa berikut ini, Allah akan menghilangkan deritanya dan menggatikannya dengan kebahagiaan:

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد

اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِي حُكْمِكَ، عَدْلٌ فِي قَضَاءِكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اِسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجَلاَءَ حُزْنِي وَذِهَابَ هَمِّي
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Allâhumma innî `abduka wabnu `abdika wabnu amatika, nâshiyatî biyadika, madhin fi hukmika, `adlun fi qadhâika. As-aluka bikulli ismin huwa laka sammayta bihi nafsaka aw anzaltahu fî kitâbika aw `allamtahu ahadan min khalqika awista`tsarta bihi fî `ilmil ghaybi `indaka an taj`alal qur’âna rabî`a qalbî wa nûra shadrî wa jalâa huznî wa dzihâba hammî.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu, berlalu hukum-Mu dan adil ketentuan-Mu. Aku memohon pada-Mu dengan semua nama yang Kau namakan pada diri-Mu atau yang Kau turunkan dalam kitab-Mu atau yang kau ajarkan pada salah seorang dari makhluk-Mu atau yang Kau berikan pengaruhnya pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikan Al-Qur’an keindahan kalbuku, cahaya hatiku, penyembuh dukaku dan penghapus deritaku. (Makarimul Akhlaq: 351)

Hadis ini diriwayatkan oleh Allamah Ath-Thabrasi juga oleh Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim, mereka menyatakan shahih hadis ini

research

mungkin ramai yang bila dengar perkataan 'research' je dah gerun..tapi cubala sekali dah buat research rasa macam addicted. mula-mula nak buat tu memang rasa tertekan dan rasa nak surrender, tapi bila dah jumpa sumber dan sedikit reference yang boleh membantu rasanya tidak lah sesusah mana. Aku baru je dapat 3 biji buku research dan statistik yang mungkin banyak membantu aku dalam menyiapkan research.
1. Kaedah penyeldidkan
2. Asas statistik penyelidikan
3. Asas statistik penyelidikan;analisis data skala ordinal dan skala nominal

Semua buku ni ditulis oleh Dr Chua Yan Piaw..buku ni pun dalam bahasa melayu senang sikit nak paham :)

Tahun ni rasa nak hantar satu paper dulu, hari tu hantar abstrak tajuk lain tetapi rasa nak tukar tajuk pulak..rasanya tajuk baru ni lebih bersifat kajian tindakan kot..tajuknya..nantila kalau dah confirm aku letak ok..

gagal ke universiti..(samb)

Tanda kedua yang perlu anda perhatikan ialah ‘Takut salah, tidak mahu mencuba.’

Ada satu perangai pelajar di universiti yang turut membimbangkan saya dan beberapa rakan saya yang bekerja sebagai pensyarah. Kebanyakan mereka terlalu takut buat salah hingga langsung tidak mahu mencuba. Contohnya, jika di dalam program, saya akan minta pelajar teka jawapan kepada satu soalan sama ada A atau B. Ada yang mengangkat tangan untuk A dan ada yang mengangkat tangan untuk B.

Namun, begitu ramai sekali yang langsung tidak mengangkat tangan. Kata mereka mereka tidak pasti. Bagi saya, masalahnya ialah mereka ini tidak boleh membuat keputusan dan takut salah. Daripada salah, lebih baik mereka tidak mengangkat tangan. Bukankah ini satu tabiat yang merugikan?

Siapa yang tidak pernah salah di dunia ini? Jika tidak ada salah, tentu juga tidak ada yang betul. Ada juga pelajar-pelajar ini yang bimbang jika mereka dianggap tunjuk pandai jika menjawab atau mengangkat tangan apabila disoal. Pelik sungguh cara mereka berfikir. Apakah akibat takut buat salah ini?

Apa yang pasti takut buat salah akan membuat pelajar ini tidak akan berani mencuba. Jika mereka pandai melukis, mereka tidak akan berani masuk pertandingan kerana takut kalah. Jika mereka pandai menulis, mereka tidak akan berani menulis kerana bimbang orang tidak suka hasil tulisan mereka. Jika mereka banyak idea, mereka tidak akan berani luahkan kerana takut orang tidak bersetuju dengan idea mereka.

Ini bermakna, tidak berani mencuba sama dengan tidak berani berjaya (Tidak berani cuba = tidak berani berjaya). Jika hendak berjaya pun tidak berani, apakah mereka akan kecapi kejayaan? Jauh sekali.

Sejarah telah banyak membuktikan kejayaan datangnya daripada kebijaksanaan. Kebijaksanaan datangnya daripada pengalaman. Dan pengalaman pula datangnya daripada kegagalan. Jadi, mengapa anda harus takut GAGAL? Mengapa anda harus takut kalau ‘terbuat’ salah??

08 April 2009

gagal ke universiti??

Hari ni..minggu ni rasa termotivasi sedikit..mungkin minggu ni dah study week maka kurang sedikit beban kerja dan melihat pelajar-pelajar aku yang bertungkus lumus study..terasa pulak nak memotivasikan diri dan artikel ni khas untuk pelajar2 aku yang bakal ke universiti..



Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Anda berkemungkinan besar akan gagal di universiti jika anda ’susah tidur malam dan susah bangun pagi.‘

Semasa pelajar tinggal bersama ibu bapa di rumah, mereka mengikut jadual rumah di mana selepas pukul 10, 11 atau 12 semua ahli keluarga akan masuk tidur. Namun di universiti, tidak ada sesiapa yang mahu menjaga waktu tidur anda. Jika anda mahu menonton televisyen sampai pukul 3 pagi, tidak ada siapa pun ambil peduli. Jika anda mahu memetik gitar hingga subuh, mungkin semua orang hanya akan memekakkan telinga masing-masing.

Apa akibat jika anda susah tidur malam? Ya, sudah tentu anda akan susah bangun pagi. Satu komen paling banyak saya terima mengenai masalah hidup di universiti ialah kelas bermula terlalu awal. Awal? Pukul berapa? 8 pagi…. Hmm… bukan sahaja pelajar lelaki yang merungut, pelajar perempuan turut sama merungut. Mereka tidak suka kelas pada awal pagi kerana mereka masih seronok tidur ketika itu. (Mereka lupa semasa di sekolah rendah dan menengah dulu, mereka berada di sekolah seawal 7 hingga 7.30 pagi)

Saya selalu tanya, kalau pukul 8 pagi tu terlalu awal, pukul berapa anda bangun? Ramai yang dengan nada serba salah berkata mereka bangun lebih kurang pukul 6.30 pagi, sembahyang subuh dan tidur semula. Sayang sekali, saya percaya itu tidak benar. Kalau pukul 8 dianggap awal, kebanyakan pelajar sebenarnya tidak dapat bangun untuk sembahyang subuh setiap hari. Dalam erti kata lain, satu ungkapan yang selalu digunakan untuk keadaan ini ialah ‘Subuh Gajah’. Malah ada yang ‘upgrade’ ungkapan itu kepada ‘Subuh Dinosor’. Mengapa saya kata begitu?

Bayangkan, jika anda bangun pukul 6.30 pagi, pergi ke bilik air, ambil sembahyang, sembahyang dengan baik, bukankah rasa mengantuk itu akan hilang? Gagal bangun untuk Subuh adalah lebih dahsyat daripada gagal atau lewat menghadiri kelas. Sembahyang Subuh adalah penguji kekuatan disiplin dan ketaatan umat Islam. Jika ini sudah gagal, banyak perkara lain yang boleh dijangka gagal juga.

Satu perkara yang agak jelas bagi saya, jika saya jalankan program untuk pelajar yang ketinggalan dari segi akademik (terutamanya pelajar lelaki), program itu juga dihadiri dalam keadaan mengantuk. Dari air muka mereka yang sedikit pucat dan tidak bermaya boleh memberi gambaran yang mereka tidur sangat lewat sebelumnya. Adakah tidur lewat kerana belajar? Jauh sekali. Jika aset yang paling penting untuk belajar (iaitu otak) tidak dapat berfungsi dengan baik untuk belajar disebabkan tidur lewat dan mengantuk, apakah peluangnya untuk pelajar mendapat sesuatu daripada sesi pembelajaran? Kemungkinannya menghampiri sifar.

Jadi untuk permulaan, mari tanya diri kita, adakah kita susah untuk tidur malam dan susah untuk bangun pagi? Jika anda ada tanda ini, fikirkan mengapa anda susah tidur malam. Kita sambung perbincangan ini dalam posting seterusnya.

halangan minda 1


Halangan minda menyekat bakat terpendam..ini adalah satu artikel yang saya ambil daripada salah seorang pakar smart study kat Malaysia..sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri..especially

Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Tanda yang pertama berbunyi, selalu dan suka sebut perkataan-perkataan seperti ’susah’, ‘tak boleh’, ‘mustahil’, ‘tak masuk akal’, ‘mana mungkin’ dan sebagainya. Semua perkataan atau ayat ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh lakukan sesuatu. Ini semua adalah perkataan atau ayat yang selalu timbul apabila halangan minda menguasai cara anda berfikir. (SAYA SETUJU..NEGATIF THINKING!!)

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa perkataan itu semua tidak boleh disebut. Orang berjaya juga ada menyebut perkataan tersebut. Namun satu perkara yang berbeza antara orang yang berjaya dan tidak berjaya, orang berjaya sebut susah tetapi dalam hati mereka bertekad untuk mengatasi apa juga kesusahan yang sedang mereka alami itu. Orang kurang berjaya pula apabila menyebut susah, mereka lemah semangat dan mula menutup minda mereka untuk menerima apa-apa cadangan.

Saya selalu lihat pelajar yang kurang berjaya dan kurang bermotivasi menyebut perkataan-perkataan ini. Apabila diberi suatu yang baru untuk dipelajari, cepat benar mulut mereka melatah dengan perkataan-perkataan tadi. Akibatnya, mereka benar-benar sukar mahu menguasai sesuatu topik baru.

Untuk orang dewasa pula, setiap kali mereka sebut perkataan-perkataan ’susah’ atau ‘mana mungkin’ tadi, mereka percaya sepenuh hati. Malah, kepercayaan mereka ditambah lagi dengan pengalaman buruk mereka di masa lepas. Sebagai contoh, jika mereka ditanya bolehkah mereka berucap di hadapan khalayak ramai selama 2 jam, mereka akan kata, “huh, gila ke apa?” atau “aduh…tak masuk akal”. Banyak lagi versi apa yang mereka mungkin katakan. Kata-kata ini pula disokong oleh pengalaman kegagalan mereka di masa lepas. Mungkin mereka pernah diketawakan. Mungkin mereka pernah bercakap dan tidak ada seorang pun yang memberi perhatian. Mungkin juga mereka pernah begitu berdebar hingga pitam, lupa apa hendak dikatakan atau melakukan sesuatu yang memalukan di khalayak ramai. Mereka begitu percaya bahawa pengalaman kegagalan mereka itu merupakan petunjuk kepada kebolehan diri.

Bagaimana dengan anda? Sekarang, apa kata anda fikirkan untuk lakukan sesuatu (sudah tentu yang baik) yang selama ini anda tidak pernah berani untuk lakukan. Mungkin anda fikir untuk menulis buku, memberi tazkirah di surau, azan di surau, berniaga, cari kerja baru, sambung belajar, bertegur sapa dengan seseorang yang anda sudah lama menaruh hati atau apa sahaja. Mungkin juga anda adalah seorang yang takut pada kegelapan dan anda terfikir untuk cabar diri anda pergi ke tempat yang sunyi dan gelap tanpa berteman seperti ke kawasan perkuburan

Apabila anda fikirkan untuk melakukan perkara tersebut, apakah perkataan-perkataan yang bermain di fikiran anda? Ia tidak semestinya sama dengan apa yang saya tuliskan tetapi adakah maksudnya sama? Jika ada perkataan-perkataan seperti yang saya gambarkan tadi timbul, ada kemungkinan minda anda sedang dibelenggu oleh halangan minda.

Bayangkan perubahan yang akan berlaku kepada diri anda jika semua perkataan dan ayat ini anda ubah kepada perkara sebaliknya. Sebagai contoh, “Mat, Kasim cuti sakit hari ni, awak ganti dia bagi ucapan pembukaan majlis perpisahan nanti boleh?”

Jika selalu anda jawab tidak boleh atau sibuk cari alasan, apa kata anda tukar kepada ‘Boleh, tak ada masalah. Berapa lama nak kena berucap? Sejam? Dua jam? Apa agaknya perubahan yang bakal berlaku?

Mulai hari ini juga, apa kata anda perhatikan dan dengar dengan teliti setiap perkataan dan ayat yang keluar daripada mulut anda. Setiap kali anda kata susah, cuba bayangkan yang ada seketul batu yang besar sedang menghalang cara anda berfikir. Bayangkan juga selagi batu itu ada di situ, apa-apa pencapaian anda sekarang akan kekal begitu sehingga ke akhir hayat anda, tidak ada peningkatan.

part time


Buku ini adalah mengenai bagaimana mahu menjana wang atau menambah pendapatan dengan menceburi bidang tuisyen. Percaya atau tidak, mengajar tuisyen boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1120 hingga RM2520 sebulan dengan hanya mengajar 2 jam sehari. Di dalam buku ini, saya ada terangkan dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh berlaku.

Bayangkan, jika anda boleh mengajar tuisyen 2 jam sehari dan menjana RM2000 sebulan, bukankah ia seperti gaji seorang yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai pengalaman kerja? Lebih menyeronokkan, ia cuma 2 jam sehari. Jadi anda ada banyak masa yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.

SERONOK?? TERINGIN??

ok jugak..nanti nak cari buku ni dan nak test market la..

klinik

Wah..study week for this semester come again..again..time pass quickly, this batch will end their study by next two weeks. I will miss them very much, next coming May new batch will register..memang masa ni cepat sungguh berlalu.

Sebut pasal klinik semua pikir tentang sakit..sakit gigi, sakit mata sakit perut dan macam2 sakit lagi. Tapi klinik untuk study week ni berbeza sikit, Unit Biologi KMPh buat klinik khas untuk pesakit2 biologi yang 'sakit' pada chapter2 yang dah belajar. tetapi konsep klinik telah disalah guna dan disalah tafsir oleh student2 ni..kalau kita fikir bila kita pergi klinik sudah tentu doktor akan tanya sakit apa kan..barulah doktor periksa dan bagi ubat. Lain pulak jadinya dengan klinik biologi ni..doktor tanya jawab tak sakit tapi suruh 'doktor' biologi ni pulak terangkan pasal penyakit2 yang ada kat dalam chapter tu..kenapa jadi macam tu??? sebab student2 ni tak tau pun depa sakit apa dan mereka sebenarnya sakit pada semua bahagian!! SAKIT betul la student skang ni...

so nak release tension meh baca lawak kat klinik ni..

Seorang lelaki datang ke hospital dengan semangatnya untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah di hospital.

Doktor : Encik, boleh saya bantu.
Lelaki : Doktor, saya nak buat "castration".
Doktor : Kenapa awak nak buat ?
Lelaki : Kawan baik saya baru sahaja buat. Dia kata sangat bagus untuk saya.

Setelah dipersetujui, lelaki itupun meneruskan pembedahan "castration" nya.

***

Oh, untuk pengetahuan anda "castration" ialah prosedur mengkasi - iaitu prosedur membuang kedua-dua testis untuk lelaki. Biasanya dilaksanakan di zaman Dinasti Cina dulu untuk mengelakkan daripada berkahwin dengan perempuan. Selepas membuang testis, lelaki tiada nafsu lagi dengan perempuan.

***

Setelah siap pembedahan, lelaki itu pun dihantar ke wad. Beliau melihat dua orang lelaki sedang terbaring disebelahnya.

Dia pun bertanya:-

Lelaki : Oh, awak juga telah menjalani pembedahan.
Pesakit di sebelah : Ya.
Lelaki : Boleh saya tahu, apa prosedur pembedahan yang awak jalani?.
Pesakit di sebelah : Saya buat "Circumcision" (berkhatan).
Lelaki : Yaaa!!! Itu lah perkataan yang saya nak beritahu doktor tadi !!!


*** Tirai pentas di tutup dengan lagu nyanyian Shidee - " Sayang semuanya sudah terlambat......" ***

Moral : Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.... :)