13 March 2010

Izzah @ art school

Da vinci Kuantan
1st art work..well done..keep it up!!

izzah with afif..ada abang menyebuksss



Dah besar anak dara sorang ni..so ku hantarkan ke sekolah art untuk mengisi masa lapang dia..dan dengan harapan supaya dia lebih berkeyakinan dan berkebolehan untuk mempraktikkan ke'kreativiti'an dia..

20 February 2010

CNY holidays




Last CNY holiday, kami tak kemana-mana, sekafar berehat habis-habisan dirumah. Sampai anak-anak kebosanan melihat tidak ada orang di kawasan sekitar rumah apatah lagi di taman permainan. so kami mengambil satu petang untuk membawa anak-anak bermain pantai di tempat biasa bagi orang-orang kuantan 'TELUK CHEMPEDAK'..jammmm....takleh nak kata, nasib baik bawak kancil, senang nak menyelit-nyelit dan akhirnya dapat gak parking dekat ngan Mc D..

16 February 2010

Untuk orang yang kita sayang..

Sebagai pengubat hati...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun
dibukakan untuk kita.

kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa
pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.Memang
benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali!Jangan harapkan cinta
sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari
untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup utk
melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah
seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika
di
dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang
ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah
apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang
ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah
seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah
ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda
mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang
akan menangis.

kenduri iman

Pengantin..iman dan molly

bila letak gambar kenduri fila, kena la jugak letak gambar kenduri iman..nanti kecik hati..kenduri iman ni selang dua minggu je dari kenduri fila..TAHNIAH untuk iman dan molly..

belum bunyi kompang dah tutup telinga..imran dan iwani

budak control ayu..izzah iwani


3 budak comel sedang kepanasan

my family..

kenduri sufilawati

bergambar bersama pengantin, sufiLAWAti..lawa hari ni

Kenduri sufilawati adik mu hubby pada bulan Disember yang lalu. Walaupun dah 2 bulan berlalu tetapi kenangan indah ini tak pernah di lupakan apatah lagi untuk pasangan pengantin fila dan shimi..TAHNIAH..
pengantin bersama anak-anak buahnya

my sweet boy, ichsan

ichsan and his cousin, irdina

last but not least, my beloved kids, imran, ichsan and iwani

15 January 2010

Projek terbaru..

baju yang masih kosong..
in progress


Salam..cuti seminggu, banyak kerja nak uat sebenarnya, tetapi yang ini juga yang memikat hati. Tuan empunya, sila lihat dan jangan nak banyak komen. Nanti ku sampai KL hujung bulan ni, aku bagi. working in progress, tetapi masa upload ni, manik dah habis, kedai jauh plak tu so terpaksa dok diam buat keje lain dulu..esok sambung.
bunga induknya..
bahagian leher dah siap..

25 December 2009

Sakit mata..

Tak pasal-pasal pulak dapat sakit mata. Mula-mula perasan mata ichsan merah dan keluarkan tahi mata. Tengahari tadi rasa mataku pulak gatal-gatal dan rasa sakit sket, tengok dah merah. Confirmla ni SAKIT MATA..aduh..tak nak sakit mata yang dulu berulang kembali, seksa sungguh..membranous conjuctivitis..




nampak tak membran kat dalam mata tu..kena g jumpa pakar mata, buang membrane baru ubat berkesan..sakit, sampai berdarah-darah..


tapi yang kali ni sakit mata biasa kot..


sekarang ni nampak macam merah biasa macam ni..nak g jumpa doktor cuti krismas pulak..sesetengah orang suka sakit mata sebab boleh dapat MC banyak tapi ku tak mahu sebab kesian student2 yang nak pereksa..

tapi sakit jugak ni..

pssss...sebab sakit mata pagi tadi pergi klinik, dapat mc sampai khamis minggu depan..seronoknya cuti..tapi bagaimana dengan student2 ku? dan yang paling BEST..terlepas audit SIRIM..