31 March 2009

rumahku syurgaku..




Rumahku..syurgaku..
SEronok bila berada dirumah dengan keluarga..seronok juga dapat menghias rumah mengikut citarasa sendiri..dok rumah kerajaan ni limited sikitla nak menghias rumah, takleh nak ketuk rumah sebarangan, nak cat colour sesuka hati pun tak leh..dinding rumah dah bercorak dah..anak2 aku sume berseni..untuk mengzahirkan kesenian mereka, dinding rumahla jadi mangsa..
aku suka berkebun..tapi oleh kerana rumah dok atas langit takde tanah..maka terpaksala buat taman pokok sume dalam pasu..

yang ni pun dah sampai...


seronok bila dapat 'hadiah'..hadiah dari diri sendiri..beli bayar dan sampai..cloth diapers again..again..
yang ni beli dari LUNATOT, pembekalnya Hazarina..rupa-rupanya tokey ni member kepada Azida (lecturer kat sini) kecil sungguh dunia ni. CD ni lebih nipis dari CD yang beli NiceCloth Diaper, compare dengan harga pun tentulah berbeza ye tak? Matrial cover nampak macam lebih kurang serupa cuma insert untuk Lunatot ini lebih kecil dan nipis, Cover Lunatot nampak tak tahan sangat terutama kat tempat getah tu..kalau loss getah tu boleh ganti kot..kena bukak dan jahit balik la..itu semua di tanggung beres..bab adjust2 jahitan ni memang aku pakar..
Sampai CD ni kat opis ramai yang nak tengok..dan nampaknya sampai juga message CD ni kat kawan2 terutama ibu2 baru yang bakal mendapat baby. Seperti yang aku cakap kat diaorang, aku tak jual barang ni tapi aku jual awareness!! SAVE OUR PLANET!!





Ramai yang nak tahu pasal CD ni, so aku ingat nak bagi same artikel untuk diorang baca..seronok bila kawan2 tahu pasal ini dan ada yang nak cuba..good luck friend!!

dah sampai...


yeah..yeah..dah sampai pun barang yang aku order..baby sling dari BabyLoth..seronok, balik terus test kat Izzah Iwani, cukup seronok sampai tak nak turun. tapi disebabkan Iwani tu berat dan dah besar, dia tetap berat walaupun dukung pakai apa pun. Tetapi yang seronoknya crrier ni membuatkan kita 'hand free' dan rasa selamat sket dukung anak walaupun mereka 'meliar'.



Material babysling ni best, silk tak licin dan rasa tak panas, siap ada pocket untuk letak barang2 kecil. Rasanya kalau pegi jalan2 tak payah bawak handbag, bawak je babysling ni letak small purse je kan..

Orang kata macam Indon..tapi takpe..memang 'indon' kat rumah aku pun pakai macam ni tapi pakai kain batik yang mak aku kasi ler..apa orang nak kata, katala tapi yang penting kita selesa dan tak menyusahkan orang. Ramai yang tidak tahu sebenarnya untuk baby carrier ni siap ada persatuan lagi. Persatuan baby wearing kat Malaysia, teringin nak join, tapi semua ni banyak kat KL..nampaknya kena buat persatuan sendirile kat sini..cita2 besar tuh!!



betulla orang kata dah beli baby punya barang2 ni rasa addicted..rasa nak beli jenis lain pulak..baby pouch ke..pelaburan untuk anak2 yang akan datang juga kan..he he

25 March 2009

Imran kat school

Imran kalau kat sekolah bukan baik hebat lagi dia..asyik kacau orang aje..ni best friend dia Danish, fasih cakap melayu tu yang Imran boleh kawan tu..tapi tengok asyik main-main je..cucuk kaki orng tu ler, main keletek2 le..tarik tarik beg le..macam2. tak padan kecik Imran ni..


Gambar blur plak..

Tahun depan nak sekolah mana plak Imran? dah dua tahun kat Charis ni. cepat sungguh masa berlalu

rumah...


hai..rumah..rumah..orang beli rumah kita pun nak beli rumah..alang2 beli biar yang puas hati terus..tapi macam2 ragam nak beli rumah ni..dah hampir dua tahun tak setle2 lagi, maklumla semua nak yang de best..dari harga sampaila kerangka rumah.

SEkarang baru nak proses loan kerajaan tapi nak sampai sini tunggu punya tunggu..banyak sangat proses itu ini..SnP dah siap, semalam hantar untuk dinilai kat Pejabat Penilaian baru boleh hantar ke Perbendaharaan..

Gi tengok tapak rumah..rumah ku yang damai..dalam hutan gitu..sape g rumah aku jangan terkejutla..tapi syok ni kalau nak tidur ni..


23 March 2009

kursus..kursus..

kursus..kursus..tak henti-henti kursus. Setiap tahun ada je kursus baru dan ada juga kursus yanag berulang..kursus mungkin tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan menambahkan pengetahuan pensyarah, namun jika terlalu banyak kursus dan kursus dilakukan pada hari-hari kelas adakah itu juga akan mengganggu tugas hakiki pensyarah iaitu P&P?? pensyarah terpaksa menggantikan kelas dan jika tidak diganti kesannya pada anak didik kita yang telah ketinggalan kelas. Kursus yang dilakukan hujung minggu pula memang mengganggu cuti hujung minggu pensyarah. TENSION gak..keluar cerita kursus ini bila pagi tadi datang kerja ada surat kata atas meja kena g de rhu beserah kursus Instructional Language bersambung pula dengan minggu depan ada bengkel kerja plak kat KL..




Anak-anak cemane??

daddy ada kursus gak kat UMP..solutionnya mummy akan berulang ke de Rhu..
yang kat KL hantar budak2 ni kat rumah atuk kat seremban..sorry kids..

22 March 2009

Aktiviti hujung minggu

Sabtu dan Ahad merupakan hari hujung minggu untuk semua family. Apabila sampai aje hari Jumaat dalam kalendar kerja mulala rasa penuh semangat untuk bercuti..malas dah nak kerja walaupun kerja bertimbun2. Sebagai warga pendidik macam aku ni..ada saje kerja di bawa balik kat rumah, kertas kuiz budakla, nota kuliah belum siapla..nak buat report RnD la...banyak2..semua tu konon2 je bawak balik tapi Hari Isnin bawak balik kat Opis..he he..
Aktiviti hujung minggu baru-baru ini (Sabtu) keluar berlima ke EC Mall. Sampai je dua budak tu dah terjah ke tempat 'game' tension...tunggu depa main dulu..mummy ngan daddy nak survey barang ni (survey dulu sbb belum gaji).




Tunggu punya tunggu baru g makan. Ichsan dah mengamuk lapar..nasib bawak bubur dia makan kat Pizza
menu:

Ichsan - bubur nasi campur carrot+ayam (bikin dirumah)
Imran dan Iwani - spagethi
Mummy dan daddy - Pizza dan chicken ball (favourite dady)







Ichsan dah kenyang sempat lagi membuli abg!!!



Hujung minggu sentiasa penuh..ni pun ambik sedikit waktu untuk bersama keluarga. Schedule hujung minggu selalu full dengan daddy ada kursus setiap minggu sampai Mei.
Mummy pulak sibuk hujung minggu dengan kelas part time mummy, lepas ni kalau dady sambung belajar plak..lagila kekurangan hujung minggu...