cuba tengok kat tangan budak tu..itukan rokok..siap sorang satu rokok lagi..nampak aku ambil gambar..muka masing2 dah berubah salah sorang tu kata..wei cikgu la wei..mana dia tau? muka aku ni muka cikgu ke?..rupanya aku pakai nametag..lupa nak cabut..sepanjang2 perjalan ke pejabat lawyer tadi terpampang nama kat tudung ni...malu wei..
dengan menunjukkan muka samseng mereka mereka beralih tempat supaya aku tidak nampak..dah habis rokok..sambung pula dengan tontonan movie kat handphone..khutbah jumaat kat masjid ni seiring dengan sorakan mereka..habis khutbah..jemaah sembahyang mereka berjemaah di restoran tu..sudah selesai sembahyang hubby sampai..mereka pun turut sama balik dengan bangganya mereka selesai 'sembahyang Jumaat'.
Apakah perasaan ibubapa mereka apabila mendapat tahu anak mereka yang disangka sembahyang Jumaat rupanya berjemaah 'rokok' dan telefon...
Cakap ngan hubby, agaknya anak2 kita nanti cemane???