Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

12 April 2009

gagal ke universiti..(samb)

Tanda kedua yang perlu anda perhatikan ialah ‘Takut salah, tidak mahu mencuba.’

Ada satu perangai pelajar di universiti yang turut membimbangkan saya dan beberapa rakan saya yang bekerja sebagai pensyarah. Kebanyakan mereka terlalu takut buat salah hingga langsung tidak mahu mencuba. Contohnya, jika di dalam program, saya akan minta pelajar teka jawapan kepada satu soalan sama ada A atau B. Ada yang mengangkat tangan untuk A dan ada yang mengangkat tangan untuk B.

Namun, begitu ramai sekali yang langsung tidak mengangkat tangan. Kata mereka mereka tidak pasti. Bagi saya, masalahnya ialah mereka ini tidak boleh membuat keputusan dan takut salah. Daripada salah, lebih baik mereka tidak mengangkat tangan. Bukankah ini satu tabiat yang merugikan?

Siapa yang tidak pernah salah di dunia ini? Jika tidak ada salah, tentu juga tidak ada yang betul. Ada juga pelajar-pelajar ini yang bimbang jika mereka dianggap tunjuk pandai jika menjawab atau mengangkat tangan apabila disoal. Pelik sungguh cara mereka berfikir. Apakah akibat takut buat salah ini?

Apa yang pasti takut buat salah akan membuat pelajar ini tidak akan berani mencuba. Jika mereka pandai melukis, mereka tidak akan berani masuk pertandingan kerana takut kalah. Jika mereka pandai menulis, mereka tidak akan berani menulis kerana bimbang orang tidak suka hasil tulisan mereka. Jika mereka banyak idea, mereka tidak akan berani luahkan kerana takut orang tidak bersetuju dengan idea mereka.

Ini bermakna, tidak berani mencuba sama dengan tidak berani berjaya (Tidak berani cuba = tidak berani berjaya). Jika hendak berjaya pun tidak berani, apakah mereka akan kecapi kejayaan? Jauh sekali.

Sejarah telah banyak membuktikan kejayaan datangnya daripada kebijaksanaan. Kebijaksanaan datangnya daripada pengalaman. Dan pengalaman pula datangnya daripada kegagalan. Jadi, mengapa anda harus takut GAGAL? Mengapa anda harus takut kalau ‘terbuat’ salah??

08 April 2009

halangan minda 1


Halangan minda menyekat bakat terpendam..ini adalah satu artikel yang saya ambil daripada salah seorang pakar smart study kat Malaysia..sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri..especially

Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Tanda yang pertama berbunyi, selalu dan suka sebut perkataan-perkataan seperti ’susah’, ‘tak boleh’, ‘mustahil’, ‘tak masuk akal’, ‘mana mungkin’ dan sebagainya. Semua perkataan atau ayat ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh lakukan sesuatu. Ini semua adalah perkataan atau ayat yang selalu timbul apabila halangan minda menguasai cara anda berfikir. (SAYA SETUJU..NEGATIF THINKING!!)

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa perkataan itu semua tidak boleh disebut. Orang berjaya juga ada menyebut perkataan tersebut. Namun satu perkara yang berbeza antara orang yang berjaya dan tidak berjaya, orang berjaya sebut susah tetapi dalam hati mereka bertekad untuk mengatasi apa juga kesusahan yang sedang mereka alami itu. Orang kurang berjaya pula apabila menyebut susah, mereka lemah semangat dan mula menutup minda mereka untuk menerima apa-apa cadangan.

Saya selalu lihat pelajar yang kurang berjaya dan kurang bermotivasi menyebut perkataan-perkataan ini. Apabila diberi suatu yang baru untuk dipelajari, cepat benar mulut mereka melatah dengan perkataan-perkataan tadi. Akibatnya, mereka benar-benar sukar mahu menguasai sesuatu topik baru.

Untuk orang dewasa pula, setiap kali mereka sebut perkataan-perkataan ’susah’ atau ‘mana mungkin’ tadi, mereka percaya sepenuh hati. Malah, kepercayaan mereka ditambah lagi dengan pengalaman buruk mereka di masa lepas. Sebagai contoh, jika mereka ditanya bolehkah mereka berucap di hadapan khalayak ramai selama 2 jam, mereka akan kata, “huh, gila ke apa?” atau “aduh…tak masuk akal”. Banyak lagi versi apa yang mereka mungkin katakan. Kata-kata ini pula disokong oleh pengalaman kegagalan mereka di masa lepas. Mungkin mereka pernah diketawakan. Mungkin mereka pernah bercakap dan tidak ada seorang pun yang memberi perhatian. Mungkin juga mereka pernah begitu berdebar hingga pitam, lupa apa hendak dikatakan atau melakukan sesuatu yang memalukan di khalayak ramai. Mereka begitu percaya bahawa pengalaman kegagalan mereka itu merupakan petunjuk kepada kebolehan diri.

Bagaimana dengan anda? Sekarang, apa kata anda fikirkan untuk lakukan sesuatu (sudah tentu yang baik) yang selama ini anda tidak pernah berani untuk lakukan. Mungkin anda fikir untuk menulis buku, memberi tazkirah di surau, azan di surau, berniaga, cari kerja baru, sambung belajar, bertegur sapa dengan seseorang yang anda sudah lama menaruh hati atau apa sahaja. Mungkin juga anda adalah seorang yang takut pada kegelapan dan anda terfikir untuk cabar diri anda pergi ke tempat yang sunyi dan gelap tanpa berteman seperti ke kawasan perkuburan

Apabila anda fikirkan untuk melakukan perkara tersebut, apakah perkataan-perkataan yang bermain di fikiran anda? Ia tidak semestinya sama dengan apa yang saya tuliskan tetapi adakah maksudnya sama? Jika ada perkataan-perkataan seperti yang saya gambarkan tadi timbul, ada kemungkinan minda anda sedang dibelenggu oleh halangan minda.

Bayangkan perubahan yang akan berlaku kepada diri anda jika semua perkataan dan ayat ini anda ubah kepada perkara sebaliknya. Sebagai contoh, “Mat, Kasim cuti sakit hari ni, awak ganti dia bagi ucapan pembukaan majlis perpisahan nanti boleh?”

Jika selalu anda jawab tidak boleh atau sibuk cari alasan, apa kata anda tukar kepada ‘Boleh, tak ada masalah. Berapa lama nak kena berucap? Sejam? Dua jam? Apa agaknya perubahan yang bakal berlaku?

Mulai hari ini juga, apa kata anda perhatikan dan dengar dengan teliti setiap perkataan dan ayat yang keluar daripada mulut anda. Setiap kali anda kata susah, cuba bayangkan yang ada seketul batu yang besar sedang menghalang cara anda berfikir. Bayangkan juga selagi batu itu ada di situ, apa-apa pencapaian anda sekarang akan kekal begitu sehingga ke akhir hayat anda, tidak ada peningkatan.