11 June 2010

sibuk mengemas...

Dah pindah rumah, tiba masa pulak nak mengemas rumah yang boleh tahan 'besar' tu..mula-mula tak tahu nak start dari mana..so start dari semua penjuru rumah tapi sikit-sikit..lama-lama siapla kan...

i. ruang tamu/ruang makan (living+dining)
Bila dah siap papan lapis disusun-susun..maka baru boleh nak susun kerusi dan almari-almari yang berat nak mampus ni..susunan tak jauh beza dengan susunan rumah lama. Almari hiasan pun dah siap kemas letak pinggan-pinggan hiasan..nasib baik jugak ada almari2 ni..boleh la letak pinggan mangkuk yang sayang nak pakai ni...tapi yang sedihnya, kaca atas meja makan terbelah dua..sedihje..nak buat camne ek?? masking tape ajela sesuai dengan nama ruang tamu..area ni tak diusik oleh budak2 ni..khas utk tetamu je ya!!!
ii. ruang keluarga
area ni memang ruang keluarga sungguh sebab kebanyakan aktiviti keluarga berlaku di situ..makan, tengok tv, tido, lipat kain, bergaduh dan macam2 lagi...ingat nak temakan kawasan ni english style, tapi ongkosnya belum cukup..tv pun pakai tv kecik yang suara kelaur dua jam lepas on..tension sungguh..tv besar dah kena lupus!!

iii. dapur
area yang paling aku suka!! sebab kabinet dapur dah siap hood dan hud pun dah bolehpakai..pokai jugak mummy nak siapkan kabinet dapur ni..suka colour dapur!!terasa rajin nak memasak.

iv. bilik tidur utama
bilik ni biasala menjadi ruang favourite sume orang..katil yang tinggi dan besar dengan tilam yang tinggi dan cadar yang sungguh indah sungguh menarik ramaimakhluk2 untuk tido bersama aku..ichsan of course nak tido sama mummy..almari pun buat yang fix kat dinding sampai syiling..senang nak sumbat barang2..


v. bilik tidur izzah
suka juga bilik ni..sesuai untuk tetamu juga..nak menjadikan dia bilik girl, terpaksa memasukkan rona-rona pink ke dalam bilik ni. tapi belum boleh buat lagi sebab masih membahagi-bahagikan perbelanjaan untuk bilik2 yang lain juga

vi. bilik imran dan ichsan
suka sangat warna biru bilik ni..sungguh cantik..untuk mengurangkan sriking nya aku letakkan langsir putih..sungguh mendamaikan..aku beli almari putih untuk mereka nampak sungguh cantik..tapi ada barang2 mummy yang belum habis kemas lagi..

v. bilik no 4
bilik kecik ni akhirnya menjadi store sementara. Mula-mula nak jadikan bilik ni bilik study dan bilik solat, tapi sebab barang2 yang tak digunakan lagi ni banyak sangat so penuh bilik ni..tension sungguh.

4 comments:

  1. sronoknyer...dah ble hias rumah ikut sesuka ati...kalu dulu dok rmh kerajaan kene pendam jer bakat menghias...la ni sronok la ko nk buat tema apa stiap ruang....beshnyer!

    ReplyDelete
  2. aku suka btul dgn warna bilik imran...sejuk jer mata memandang...halaman rmh ko besau...nk tanam ape tu?

    ReplyDelete
  3. besar gak umah ko.. ni xsabar nak g ni...

    ReplyDelete
  4. marila datang umah saya..biasa2 je

    ReplyDelete