09 June 2013
pusat sanctuari gajah
Dah lama nak melawat pusat sanctuari ni..akhirnya tercapai juga setelah beberapa tahun merancang..kali ni lawatan anak dah bertambah..welcome Izz Ikhwan tu this blog..
26 October 2010
Sibuk menjahit
Ada beberapa baju yang diabadikan di dalan blog terbaru ku...SallyBeads@blogspot.com

20 October 2010
Imran daftar sekolah Irsyad
Setelah beberapa perbincangan dibaut bersama hubby, kami mengambil keputusan untuk menghantar imran ke sekolah Al-Irsyad untuk dia memulakan persekolah formalnya tahun hadapan. Sekolah ini merupakan sekolah swasta agama yang ditadbir oleh kerajaan negeri Pahang. Walaupun sekolah rendah permatang badak sangatlah hampir dengan rumah namun disebabkan kekangan waktu dan kekangan jagaan selepas sekolah maka terpaksa imran bersekolah diIrsyad. Semoga Imran menjadi anak yang soleh....amin* Interview sekolah...7 November 2010.. Wish him luck!!
presenting SallyBeads.blogspot
11 June 2010
sibuk mengemas...
Dah pindah rumah, tiba masa pulak nak mengemas rumah yang boleh tahan 'besar' tu..mula-mula tak tahu nak start dari mana..so start dari semua penjuru rumah tapi sikit-sikit..lama-lama siapla kan...
i. ruang tamu/ruang makan (living+dining)
Bila dah siap papan lapis disusun-susun..maka baru boleh nak susun kerusi dan almari-almari yang berat nak mampus ni..susunan tak jauh beza dengan susunan rumah lama. Almari hiasan pun dah siap kemas letak pinggan-pinggan hiasan..nasib baik jugak ada almari2 ni..boleh la letak pinggan mangkuk yang sayang nak pakai ni...tapi yang sedihnya, kaca atas meja makan terbelah dua..sedihje..nak buat camne ek?? masking tape ajela sesuai dengan nama ruang tamu..area ni tak diusik oleh budak2 ni..khas utk tetamu je ya!!!
ii. ruang keluarga
area ni memang ruang keluarga sungguh sebab kebanyakan aktiviti keluarga berlaku di situ..makan, tengok tv, tido, lipat kain, bergaduh dan macam2 lagi...ingat nak temakan kawasan ni english style, tapi ongkosnya belum cukup..tv pun pakai tv kecik yang suara kelaur dua jam lepas on..tension sungguh..tv besar dah kena lupus!!

iii. dapur
area yang paling aku suka!! sebab kabinet dapur dah siap hood dan hud pun dah bolehpakai..pokai jugak mummy nak siapkan kabinet dapur ni..suka colour dapur!!terasa rajin nak memasak.

iv. bilik tidur utama
bilik ni biasala menjadi ruang favourite sume orang..katil yang tinggi dan besar dengan tilam yang tinggi dan cadar yang sungguh indah sungguh menarik ramaimakhluk2 untuk tido bersama aku..ichsan of course nak tido sama mummy..almari pun buat yang fix kat dinding sampai syiling..senang nak sumbat barang2..
v. bilik tidur izzah
suka juga bilik ni..sesuai untuk tetamu juga..nak menjadikan dia bilik girl, terpaksa memasukkan rona-rona pink ke dalam bilik ni. tapi belum boleh buat lagi sebab masih membahagi-bahagikan perbelanjaan untuk bilik2 yang lain juga

vi. bilik imran dan ichsan
suka sangat warna biru bilik ni..sungguh cantik..untuk mengurangkan sriking nya aku letakkan langsir putih..sungguh mendamaikan..aku beli almari putih untuk mereka nampak sungguh cantik..tapi ada barang2 mummy yang belum habis kemas lagi..

v. bilik no 4
bilik kecik ni akhirnya menjadi store sementara. Mula-mula nak jadikan bilik ni bilik study dan bilik solat, tapi sebab barang2 yang tak digunakan lagi ni banyak sangat so penuh bilik ni..tension sungguh.

28 April 2010
mode: pindah randah...
dah sampai masa..kunci rumah dah dapat, akhirnya penantian selama ini berakhir juga..so mujurla cuti semester, dapatla berkemas dan memindahkan barang2 sedikit demi sedikit..banyak sangat barang2 aku ni..maklumla dah 7 tahun berkeluarga dan barang2 pun makin lama makin banyakla kan..sekarang dah 4 trip pergi angkut barang naik kereta..aduih..
14 April 2010
Rumah..
03 April 2010
terjumpa video ni...
ha..ha..seronok bila tengok videoa ni..imran masa ni dua tahun lebih kot, dia memang suka sangat menyanyi lagu ni..aku memamg pencinta wanita..
kurang lebih yg spt dia
ku harap dlm cintaku
ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku
Chorus:
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia
aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia
ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku
Chorus
kamu memang pecinta wanita
namun kau bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku
Chorus
pecinta wanita
mencintai dia
hanyalah dia
kekadang tengok ichsan sekarang sama pulak dengan muka ichsan..adik beradik la katakan...
Pecinta Wanita
by Irwansyah ku temukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupkukurang lebih yg spt dia
ku harap dlm cintaku
ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku
Chorus:
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia
aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia
ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku
Chorus
kamu memang pecinta wanita
namun kau bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku
Chorus
pecinta wanita
mencintai dia
hanyalah dia
kekadang tengok ichsan sekarang sama pulak dengan muka ichsan..adik beradik la katakan...
13 March 2010
Imran@piano school
Izzah @ art school
20 February 2010
CNY holidays
Last CNY holiday, kami tak kemana-mana, sekafar berehat habis-habisan dirumah. Sampai anak-anak kebosanan melihat tidak ada orang di kawasan sekitar rumah apatah lagi di taman permainan. so kami mengambil satu petang untuk membawa anak-anak bermain pantai di tempat biasa bagi orang-orang kuantan 'TELUK CHEMPEDAK'..jammmm....takleh nak kata, nasib baik bawak kancil, senang nak menyelit-nyelit dan akhirnya dapat gak parking dekat ngan Mc D..
16 February 2010
Untuk orang yang kita sayang..
Sebagai pengubat hati...
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun
dibukakan untuk kita.
kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa
pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.Memang
benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali!Jangan harapkan cinta
sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari
untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup utk
melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah
seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika
di
dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang
ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah
apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang
ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah
seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah
ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda
mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang
akan menangis.

kenduri iman
bila letak gambar kenduri fila, kena la jugak letak gambar kenduri iman..nanti kecik hati..kenduri iman ni selang dua minggu je dari kenduri fila..TAHNIAH untuk iman dan molly..
kenduri sufilawati
Kenduri sufilawati adik mu hubby pada bulan Disember yang lalu. Walaupun dah 2 bulan berlalu tetapi kenangan indah ini tak pernah di lupakan apatah lagi untuk pasangan pengantin fila dan shimi..TAHNIAH..
15 January 2010
Projek terbaru..
baju yang masih kosong..
Salam..cuti seminggu, banyak kerja nak uat sebenarnya, tetapi yang ini juga yang memikat hati. Tuan empunya, sila lihat dan jangan nak banyak komen. Nanti ku sampai KL hujung bulan ni, aku bagi. working in progress, tetapi masa upload ni, manik dah habis, kedai jauh plak tu so terpaksa dok diam buat keje lain dulu..esok sambung.
bunga induknya..
bahagian leher dah siap..
25 December 2009
Sakit mata..
Tak pasal-pasal pulak dapat sakit mata. Mula-mula perasan mata ichsan merah dan keluarkan tahi mata. Tengahari tadi rasa mataku pulak gatal-gatal dan rasa sakit sket, tengok dah merah. Confirmla ni SAKIT MATA..aduh..tak nak sakit mata yang dulu berulang kembali, seksa sungguh..membranous conjuctivitis..

nampak tak membran kat dalam mata tu..kena g jumpa pakar mata, buang membrane baru ubat berkesan..sakit, sampai berdarah-darah..
tapi yang kali ni sakit mata biasa kot..

nampak tak membran kat dalam mata tu..kena g jumpa pakar mata, buang membrane baru ubat berkesan..sakit, sampai berdarah-darah..
tapi yang kali ni sakit mata biasa kot..

sekarang ni nampak macam merah biasa macam ni..nak g jumpa doktor cuti krismas pulak..sesetengah orang suka sakit mata sebab boleh dapat MC banyak tapi ku tak mahu sebab kesian student2 yang nak pereksa..
tapi sakit jugak ni..
pssss...sebab sakit mata pagi tadi pergi klinik, dapat mc sampai khamis minggu depan..seronoknya cuti..tapi bagaimana dengan student2 ku? dan yang paling BEST..terlepas audit SIRIM..
19 December 2009
Kain..oh..kain
Sejak dua menjak ni, sibuk sungguh takde masa siang mahupun malam untuk buat kerja rumah, maka hasilnya beginila..semua kerja rumah kena buat sendiri dengan bantuan en. suami dan anak...tapi apakn daya, hujung minggu pun sibuk, maka hari ni dengan azam yang membara nak selesaikan masalah kain ni..tapi belum mula pun, InsyaAllah esok mesti siap ..kain oh kain..
sebelum...
tetapi ada satu kawasan yang walau macam mana kemas pun tetap kembali pada keadaan asal sekelip mata..ni dia tempat mereka2 ni menonton tv, main rumah2 , makan dan menyepah-nyepah mainan..
Apsal Plak??
Baru hajat di hati nak sambung belajar tapi bila dapat berita ni..
AMAT MENGEJUTKAN! Berdasarkan maklumat terkini dari Kementerian Pelajaran nampaknya banyak program LDP & Pra-Perkhidmatan bagi tahun 2010 DITANGGUHKAN.
Antaranya:Program Latihan Dalam Perkhidmatan:
Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan - Sepenuh Masa (utk PPPS - Kedoktoran/Sarjana)
Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan - Separuh Masa (utk PPPS - Kedoktoran/Sarjana)
Sarjana Kepengetuaan (utk PPPS - Sarjana)
Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (utk PPLD - Diploma Lepasan Ijazah)
Sarjana Muda Pendidikan Khas (utk PPLD - Sarjana Muda)
Spouse Programme (utk PPLD & PPPS - Kedoktoran/Sarjana/Sarjana Muda)
Program Pra-Perkhidmatan:
Program Berkembar B.Ed TESL
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke luar Negara (PPC)
Biasiswa Perguruan Persekutuan di IPTA
Lain-lain maklumat atau pertanyaan, sila rujuk / klik pautan di bawah.(Sumber: Surat rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 10 Disember, 2009)
Adakah krisis kewangan di Malaysia belum berakhir.. atau kian meruncing?

Dasar Baru Sains Dan Matematik Martabatkan BM Perkukuhkan BI
Setelah tujuh tahun dilaksanakan dan terus menjadi isu hangat, kerajaan akhirnya mengumumkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012.Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada 8 Julai lepas. Ia adalah antara keputusan paling penting oleh Muhyiddin hanya tiga bulan selepas dilantik menerajui kementerian itu.Pelantikan Muhyiddin ke jawatan itu menunjukkan betapa pentadbiran baru kepimpinan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak mengutamakan aspek pendidikan.PPSMI bakal digantikan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), yang menurut kerajaan, tidak merugikan mana-mana pihak sama ada yang menolak mahupun pun menyokong PPSMI kerana dasar baru itu bertujuan memberikan keseimbangan.Katanya segala persiapan sudah bermula kerana kerajaan tidak mahu terjerumus lagi dalam ketidakpastian apabila sesuatu dasar diperkenalkan.Bukan sekadar memansuhkan PPSMI, komitmen dan keikhlasan kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan terus diperlihatkan apabila lebih RM30 bilion diperuntukkan untuk bidang pendidikan menerusi Bajet 2010.Kementerian itu juga meletakkan empat matlamat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan, iaitu :
-memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah,
-meningkatkan kadar literasi dan numerasi,
-mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, dan
-guru besar berprestasi cemerlang.
-memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah,
-meningkatkan kadar literasi dan numerasi,
-mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, dan
-guru besar berprestasi cemerlang.
Muhyiddin juga menekankan perbelanjaan sederhana bagi projek infrastruktur pendidikan, kerana baginya, peruntukan yang lebih seharusnya disalurkan untuk meningkatkan kualiti guru kerana guru yang benar-benar berkualiti lebih memberi manfaat berbanding infrastruktur fizikal yang tersergam indah.Beliau juga mengumumkan pendidikan prasekolah bakal menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi meningkatkan penguasaan BI bermula dari peringkat awal selain untuk meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20 peratus pada 2012.Guru BI yang sedia berkorban untuk berkhidmat di luar bandar pula diberi insentif tambahan bagi memastikan pelajar di luar bandar tidak ketinggalan apabila strategi memperkukuhkan bahasa itu dilaksanakan pada 2012.Pengetua dan guru yang berjaya menaikkan mutu pendidikan pelajar juga akan diberi imbuhan berpatutan."Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang akan diteruskan oleh kementerian untuk tingkatkan profesionalisme para pendidik di seluruh negara," katanya.Cadangan sekolah satu aliran yang dikemukakan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menimbulkan perbahasan sehingga di Parlimen.Ia juga mendapat perhatian Perdana Menteri yang berpendapat sistem pendidikan negara akan bertukar kepada sekolah satu aliran hanya apabila rakyat bersedia dan dikehendaki semua pihak.Muhyiddin pula menyifatkan sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini sebagai satu "takdir sejarah" yang hanya boleh diubah sekiranya semua kaum bersedia untuk menerima dan mengamalkan sistem aliran lebih bersepadu.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyokong padu cadangan itu kerana beranggapan perpaduan yang terbaik hanya akan dapat dibentuk melalui pendidikan.Meskipun wujud pelbagai isu, sistem pendidikan di Malaysia tetap mendapat pengiktirafan sebagai antara yang paling berjaya dalam menyediakan akses kepada pendidikan untuk semua rakyat.Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara sekaligus menempatkan Malaysia dalam kalangan negara yang berada pada aras tinggi.Pujian juga harus diberikan kepada seluruh penjawat awam di kementerian itu yang menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi dalam menangani permasalahan, termasuklah langkah bersiap sedia menghadapi wabak influenza A(H1N1) dan bencana banjir di sekolah.(Sumber: Bernama - 10/12/2009 - 10:50am)
18 December 2009
shopping kat KL
Penat sungguh one day trip ni..keluar kul 8.00 pagi dengan cuaca hujan renyai2 dan alangkah indahnya kalau dapat smabung tido..tapi sebab nak berjalan dan shopping kat kl ku gagahkan juga bangun awal dan membawa bersama anak2 yang sedang enak dibuai mimpi..ingat nak mandikan budak2 ni kat sungai lentang tapi melihatkan cuaca yang sejuk sehingga ke karak terpaksala ku kuburkan keinginan itu sebab pastinya air sungai itu sesejuk air dalam peti ais. Maka budak2 ni mandi kat masjid karak ajela..nasib aku dah mandi kat rumah..sampai kl terus pergi tempat yang dituju, segambut, ambil hood dan hob, dah ambil puas hati rasa..cemana rupanya??
Cam ni la rupanya..masih dalam kotak..nanti kalau dah gantung ku tunjuk lagie..
ingat nak pergi jalan-jalan kat bird park, tapi memandangkan kwsn tu dah sibuk sbb org nak sembahyang jumaat dan perut lapar untuk diisi, sekali lagi hasrat terkubur, sudahnya pergi alamanda putrajaya makan kat 'chicken rice shop'..tak pernah makan kat situ best jugak..especially kerabu mangga dia..then bawak budak2 ni main playground..sembahyang kat masjid putrajaya dan budak2 ni dok round air pancut depan masjid..
dan aku jugak dapat benda yang dihajati DVD Inconvenient truth untuk tontonan students2 batch ini untuk subject 'human and environment'..tak payah lagi buat assignment, tengok movie dan buat summary hantar kat lecturer sebagai bukti kehadiran..dah dapat credit untuk chapter tu..senang kan..
dan tak lupa untuk satu lagi hajat tertunai..beli kipas untuk rumah baru, tapi entah apa2 la kedai ni ada ke hanya boleh beli dua tak boleh lebi..aiseh..kami nak beli 7..kipas remote sume..malas nak tekan dan pusing kat dinding..he..he..
dan jam 9.30 malam sampai kuantan balik..ONE DAY TRIP
Subscribe to:
Posts (Atom)