12 April 2009

duka dan stress??

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca doa berikut ini, Allah akan menghilangkan deritanya dan menggatikannya dengan kebahagiaan:

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد

اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِي حُكْمِكَ، عَدْلٌ فِي قَضَاءِكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اِسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجَلاَءَ حُزْنِي وَذِهَابَ هَمِّي
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Allâhumma innî `abduka wabnu `abdika wabnu amatika, nâshiyatî biyadika, madhin fi hukmika, `adlun fi qadhâika. As-aluka bikulli ismin huwa laka sammayta bihi nafsaka aw anzaltahu fî kitâbika aw `allamtahu ahadan min khalqika awista`tsarta bihi fî `ilmil ghaybi `indaka an taj`alal qur’âna rabî`a qalbî wa nûra shadrî wa jalâa huznî wa dzihâba hammî.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu, berlalu hukum-Mu dan adil ketentuan-Mu. Aku memohon pada-Mu dengan semua nama yang Kau namakan pada diri-Mu atau yang Kau turunkan dalam kitab-Mu atau yang kau ajarkan pada salah seorang dari makhluk-Mu atau yang Kau berikan pengaruhnya pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikan Al-Qur’an keindahan kalbuku, cahaya hatiku, penyembuh dukaku dan penghapus deritaku. (Makarimul Akhlaq: 351)

Hadis ini diriwayatkan oleh Allamah Ath-Thabrasi juga oleh Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim, mereka menyatakan shahih hadis ini

research

mungkin ramai yang bila dengar perkataan 'research' je dah gerun..tapi cubala sekali dah buat research rasa macam addicted. mula-mula nak buat tu memang rasa tertekan dan rasa nak surrender, tapi bila dah jumpa sumber dan sedikit reference yang boleh membantu rasanya tidak lah sesusah mana. Aku baru je dapat 3 biji buku research dan statistik yang mungkin banyak membantu aku dalam menyiapkan research.
1. Kaedah penyeldidkan
2. Asas statistik penyelidikan
3. Asas statistik penyelidikan;analisis data skala ordinal dan skala nominal

Semua buku ni ditulis oleh Dr Chua Yan Piaw..buku ni pun dalam bahasa melayu senang sikit nak paham :)

Tahun ni rasa nak hantar satu paper dulu, hari tu hantar abstrak tajuk lain tetapi rasa nak tukar tajuk pulak..rasanya tajuk baru ni lebih bersifat kajian tindakan kot..tajuknya..nantila kalau dah confirm aku letak ok..

gagal ke universiti..(samb)

Tanda kedua yang perlu anda perhatikan ialah ‘Takut salah, tidak mahu mencuba.’

Ada satu perangai pelajar di universiti yang turut membimbangkan saya dan beberapa rakan saya yang bekerja sebagai pensyarah. Kebanyakan mereka terlalu takut buat salah hingga langsung tidak mahu mencuba. Contohnya, jika di dalam program, saya akan minta pelajar teka jawapan kepada satu soalan sama ada A atau B. Ada yang mengangkat tangan untuk A dan ada yang mengangkat tangan untuk B.

Namun, begitu ramai sekali yang langsung tidak mengangkat tangan. Kata mereka mereka tidak pasti. Bagi saya, masalahnya ialah mereka ini tidak boleh membuat keputusan dan takut salah. Daripada salah, lebih baik mereka tidak mengangkat tangan. Bukankah ini satu tabiat yang merugikan?

Siapa yang tidak pernah salah di dunia ini? Jika tidak ada salah, tentu juga tidak ada yang betul. Ada juga pelajar-pelajar ini yang bimbang jika mereka dianggap tunjuk pandai jika menjawab atau mengangkat tangan apabila disoal. Pelik sungguh cara mereka berfikir. Apakah akibat takut buat salah ini?

Apa yang pasti takut buat salah akan membuat pelajar ini tidak akan berani mencuba. Jika mereka pandai melukis, mereka tidak akan berani masuk pertandingan kerana takut kalah. Jika mereka pandai menulis, mereka tidak akan berani menulis kerana bimbang orang tidak suka hasil tulisan mereka. Jika mereka banyak idea, mereka tidak akan berani luahkan kerana takut orang tidak bersetuju dengan idea mereka.

Ini bermakna, tidak berani mencuba sama dengan tidak berani berjaya (Tidak berani cuba = tidak berani berjaya). Jika hendak berjaya pun tidak berani, apakah mereka akan kecapi kejayaan? Jauh sekali.

Sejarah telah banyak membuktikan kejayaan datangnya daripada kebijaksanaan. Kebijaksanaan datangnya daripada pengalaman. Dan pengalaman pula datangnya daripada kegagalan. Jadi, mengapa anda harus takut GAGAL? Mengapa anda harus takut kalau ‘terbuat’ salah??

08 April 2009

gagal ke universiti??

Hari ni..minggu ni rasa termotivasi sedikit..mungkin minggu ni dah study week maka kurang sedikit beban kerja dan melihat pelajar-pelajar aku yang bertungkus lumus study..terasa pulak nak memotivasikan diri dan artikel ni khas untuk pelajar2 aku yang bakal ke universiti..



Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Anda berkemungkinan besar akan gagal di universiti jika anda ’susah tidur malam dan susah bangun pagi.‘

Semasa pelajar tinggal bersama ibu bapa di rumah, mereka mengikut jadual rumah di mana selepas pukul 10, 11 atau 12 semua ahli keluarga akan masuk tidur. Namun di universiti, tidak ada sesiapa yang mahu menjaga waktu tidur anda. Jika anda mahu menonton televisyen sampai pukul 3 pagi, tidak ada siapa pun ambil peduli. Jika anda mahu memetik gitar hingga subuh, mungkin semua orang hanya akan memekakkan telinga masing-masing.

Apa akibat jika anda susah tidur malam? Ya, sudah tentu anda akan susah bangun pagi. Satu komen paling banyak saya terima mengenai masalah hidup di universiti ialah kelas bermula terlalu awal. Awal? Pukul berapa? 8 pagi…. Hmm… bukan sahaja pelajar lelaki yang merungut, pelajar perempuan turut sama merungut. Mereka tidak suka kelas pada awal pagi kerana mereka masih seronok tidur ketika itu. (Mereka lupa semasa di sekolah rendah dan menengah dulu, mereka berada di sekolah seawal 7 hingga 7.30 pagi)

Saya selalu tanya, kalau pukul 8 pagi tu terlalu awal, pukul berapa anda bangun? Ramai yang dengan nada serba salah berkata mereka bangun lebih kurang pukul 6.30 pagi, sembahyang subuh dan tidur semula. Sayang sekali, saya percaya itu tidak benar. Kalau pukul 8 dianggap awal, kebanyakan pelajar sebenarnya tidak dapat bangun untuk sembahyang subuh setiap hari. Dalam erti kata lain, satu ungkapan yang selalu digunakan untuk keadaan ini ialah ‘Subuh Gajah’. Malah ada yang ‘upgrade’ ungkapan itu kepada ‘Subuh Dinosor’. Mengapa saya kata begitu?

Bayangkan, jika anda bangun pukul 6.30 pagi, pergi ke bilik air, ambil sembahyang, sembahyang dengan baik, bukankah rasa mengantuk itu akan hilang? Gagal bangun untuk Subuh adalah lebih dahsyat daripada gagal atau lewat menghadiri kelas. Sembahyang Subuh adalah penguji kekuatan disiplin dan ketaatan umat Islam. Jika ini sudah gagal, banyak perkara lain yang boleh dijangka gagal juga.

Satu perkara yang agak jelas bagi saya, jika saya jalankan program untuk pelajar yang ketinggalan dari segi akademik (terutamanya pelajar lelaki), program itu juga dihadiri dalam keadaan mengantuk. Dari air muka mereka yang sedikit pucat dan tidak bermaya boleh memberi gambaran yang mereka tidur sangat lewat sebelumnya. Adakah tidur lewat kerana belajar? Jauh sekali. Jika aset yang paling penting untuk belajar (iaitu otak) tidak dapat berfungsi dengan baik untuk belajar disebabkan tidur lewat dan mengantuk, apakah peluangnya untuk pelajar mendapat sesuatu daripada sesi pembelajaran? Kemungkinannya menghampiri sifar.

Jadi untuk permulaan, mari tanya diri kita, adakah kita susah untuk tidur malam dan susah untuk bangun pagi? Jika anda ada tanda ini, fikirkan mengapa anda susah tidur malam. Kita sambung perbincangan ini dalam posting seterusnya.

halangan minda 1


Halangan minda menyekat bakat terpendam..ini adalah satu artikel yang saya ambil daripada salah seorang pakar smart study kat Malaysia..sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri..especially

Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Tanda yang pertama berbunyi, selalu dan suka sebut perkataan-perkataan seperti ’susah’, ‘tak boleh’, ‘mustahil’, ‘tak masuk akal’, ‘mana mungkin’ dan sebagainya. Semua perkataan atau ayat ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh lakukan sesuatu. Ini semua adalah perkataan atau ayat yang selalu timbul apabila halangan minda menguasai cara anda berfikir. (SAYA SETUJU..NEGATIF THINKING!!)

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa perkataan itu semua tidak boleh disebut. Orang berjaya juga ada menyebut perkataan tersebut. Namun satu perkara yang berbeza antara orang yang berjaya dan tidak berjaya, orang berjaya sebut susah tetapi dalam hati mereka bertekad untuk mengatasi apa juga kesusahan yang sedang mereka alami itu. Orang kurang berjaya pula apabila menyebut susah, mereka lemah semangat dan mula menutup minda mereka untuk menerima apa-apa cadangan.

Saya selalu lihat pelajar yang kurang berjaya dan kurang bermotivasi menyebut perkataan-perkataan ini. Apabila diberi suatu yang baru untuk dipelajari, cepat benar mulut mereka melatah dengan perkataan-perkataan tadi. Akibatnya, mereka benar-benar sukar mahu menguasai sesuatu topik baru.

Untuk orang dewasa pula, setiap kali mereka sebut perkataan-perkataan ’susah’ atau ‘mana mungkin’ tadi, mereka percaya sepenuh hati. Malah, kepercayaan mereka ditambah lagi dengan pengalaman buruk mereka di masa lepas. Sebagai contoh, jika mereka ditanya bolehkah mereka berucap di hadapan khalayak ramai selama 2 jam, mereka akan kata, “huh, gila ke apa?” atau “aduh…tak masuk akal”. Banyak lagi versi apa yang mereka mungkin katakan. Kata-kata ini pula disokong oleh pengalaman kegagalan mereka di masa lepas. Mungkin mereka pernah diketawakan. Mungkin mereka pernah bercakap dan tidak ada seorang pun yang memberi perhatian. Mungkin juga mereka pernah begitu berdebar hingga pitam, lupa apa hendak dikatakan atau melakukan sesuatu yang memalukan di khalayak ramai. Mereka begitu percaya bahawa pengalaman kegagalan mereka itu merupakan petunjuk kepada kebolehan diri.

Bagaimana dengan anda? Sekarang, apa kata anda fikirkan untuk lakukan sesuatu (sudah tentu yang baik) yang selama ini anda tidak pernah berani untuk lakukan. Mungkin anda fikir untuk menulis buku, memberi tazkirah di surau, azan di surau, berniaga, cari kerja baru, sambung belajar, bertegur sapa dengan seseorang yang anda sudah lama menaruh hati atau apa sahaja. Mungkin juga anda adalah seorang yang takut pada kegelapan dan anda terfikir untuk cabar diri anda pergi ke tempat yang sunyi dan gelap tanpa berteman seperti ke kawasan perkuburan

Apabila anda fikirkan untuk melakukan perkara tersebut, apakah perkataan-perkataan yang bermain di fikiran anda? Ia tidak semestinya sama dengan apa yang saya tuliskan tetapi adakah maksudnya sama? Jika ada perkataan-perkataan seperti yang saya gambarkan tadi timbul, ada kemungkinan minda anda sedang dibelenggu oleh halangan minda.

Bayangkan perubahan yang akan berlaku kepada diri anda jika semua perkataan dan ayat ini anda ubah kepada perkara sebaliknya. Sebagai contoh, “Mat, Kasim cuti sakit hari ni, awak ganti dia bagi ucapan pembukaan majlis perpisahan nanti boleh?”

Jika selalu anda jawab tidak boleh atau sibuk cari alasan, apa kata anda tukar kepada ‘Boleh, tak ada masalah. Berapa lama nak kena berucap? Sejam? Dua jam? Apa agaknya perubahan yang bakal berlaku?

Mulai hari ini juga, apa kata anda perhatikan dan dengar dengan teliti setiap perkataan dan ayat yang keluar daripada mulut anda. Setiap kali anda kata susah, cuba bayangkan yang ada seketul batu yang besar sedang menghalang cara anda berfikir. Bayangkan juga selagi batu itu ada di situ, apa-apa pencapaian anda sekarang akan kekal begitu sehingga ke akhir hayat anda, tidak ada peningkatan.

part time


Buku ini adalah mengenai bagaimana mahu menjana wang atau menambah pendapatan dengan menceburi bidang tuisyen. Percaya atau tidak, mengajar tuisyen boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1120 hingga RM2520 sebulan dengan hanya mengajar 2 jam sehari. Di dalam buku ini, saya ada terangkan dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh berlaku.

Bayangkan, jika anda boleh mengajar tuisyen 2 jam sehari dan menjana RM2000 sebulan, bukankah ia seperti gaji seorang yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai pengalaman kerja? Lebih menyeronokkan, ia cuma 2 jam sehari. Jadi anda ada banyak masa yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.

SERONOK?? TERINGIN??

ok jugak..nanti nak cari buku ni dan nak test market la..

klinik

Wah..study week for this semester come again..again..time pass quickly, this batch will end their study by next two weeks. I will miss them very much, next coming May new batch will register..memang masa ni cepat sungguh berlalu.

Sebut pasal klinik semua pikir tentang sakit..sakit gigi, sakit mata sakit perut dan macam2 sakit lagi. Tapi klinik untuk study week ni berbeza sikit, Unit Biologi KMPh buat klinik khas untuk pesakit2 biologi yang 'sakit' pada chapter2 yang dah belajar. tetapi konsep klinik telah disalah guna dan disalah tafsir oleh student2 ni..kalau kita fikir bila kita pergi klinik sudah tentu doktor akan tanya sakit apa kan..barulah doktor periksa dan bagi ubat. Lain pulak jadinya dengan klinik biologi ni..doktor tanya jawab tak sakit tapi suruh 'doktor' biologi ni pulak terangkan pasal penyakit2 yang ada kat dalam chapter tu..kenapa jadi macam tu??? sebab student2 ni tak tau pun depa sakit apa dan mereka sebenarnya sakit pada semua bahagian!! SAKIT betul la student skang ni...

so nak release tension meh baca lawak kat klinik ni..

Seorang lelaki datang ke hospital dengan semangatnya untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah di hospital.

Doktor : Encik, boleh saya bantu.
Lelaki : Doktor, saya nak buat "castration".
Doktor : Kenapa awak nak buat ?
Lelaki : Kawan baik saya baru sahaja buat. Dia kata sangat bagus untuk saya.

Setelah dipersetujui, lelaki itupun meneruskan pembedahan "castration" nya.

***

Oh, untuk pengetahuan anda "castration" ialah prosedur mengkasi - iaitu prosedur membuang kedua-dua testis untuk lelaki. Biasanya dilaksanakan di zaman Dinasti Cina dulu untuk mengelakkan daripada berkahwin dengan perempuan. Selepas membuang testis, lelaki tiada nafsu lagi dengan perempuan.

***

Setelah siap pembedahan, lelaki itu pun dihantar ke wad. Beliau melihat dua orang lelaki sedang terbaring disebelahnya.

Dia pun bertanya:-

Lelaki : Oh, awak juga telah menjalani pembedahan.
Pesakit di sebelah : Ya.
Lelaki : Boleh saya tahu, apa prosedur pembedahan yang awak jalani?.
Pesakit di sebelah : Saya buat "Circumcision" (berkhatan).
Lelaki : Yaaa!!! Itu lah perkataan yang saya nak beritahu doktor tadi !!!


*** Tirai pentas di tutup dengan lagu nyanyian Shidee - " Sayang semuanya sudah terlambat......" ***

Moral : Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.... :)