20 October 2010

presenting SallyBeads.blogspot

Blog SallyBeads ini dibangunkan khas untuk menyimpan koleksi jahitan manik-manik ku. Banyak dah baju-baju yang telah dijahit tetapi tidak diabadikan. Mulai hari ini, ingin ku abadikan semua koleksi kudi sini...

11 June 2010

sibuk mengemas...

Dah pindah rumah, tiba masa pulak nak mengemas rumah yang boleh tahan 'besar' tu..mula-mula tak tahu nak start dari mana..so start dari semua penjuru rumah tapi sikit-sikit..lama-lama siapla kan...

i. ruang tamu/ruang makan (living+dining)
Bila dah siap papan lapis disusun-susun..maka baru boleh nak susun kerusi dan almari-almari yang berat nak mampus ni..susunan tak jauh beza dengan susunan rumah lama. Almari hiasan pun dah siap kemas letak pinggan-pinggan hiasan..nasib baik jugak ada almari2 ni..boleh la letak pinggan mangkuk yang sayang nak pakai ni...tapi yang sedihnya, kaca atas meja makan terbelah dua..sedihje..nak buat camne ek?? masking tape ajela sesuai dengan nama ruang tamu..area ni tak diusik oleh budak2 ni..khas utk tetamu je ya!!!
ii. ruang keluarga
area ni memang ruang keluarga sungguh sebab kebanyakan aktiviti keluarga berlaku di situ..makan, tengok tv, tido, lipat kain, bergaduh dan macam2 lagi...ingat nak temakan kawasan ni english style, tapi ongkosnya belum cukup..tv pun pakai tv kecik yang suara kelaur dua jam lepas on..tension sungguh..tv besar dah kena lupus!!

iii. dapur
area yang paling aku suka!! sebab kabinet dapur dah siap hood dan hud pun dah bolehpakai..pokai jugak mummy nak siapkan kabinet dapur ni..suka colour dapur!!terasa rajin nak memasak.

iv. bilik tidur utama
bilik ni biasala menjadi ruang favourite sume orang..katil yang tinggi dan besar dengan tilam yang tinggi dan cadar yang sungguh indah sungguh menarik ramaimakhluk2 untuk tido bersama aku..ichsan of course nak tido sama mummy..almari pun buat yang fix kat dinding sampai syiling..senang nak sumbat barang2..


v. bilik tidur izzah
suka juga bilik ni..sesuai untuk tetamu juga..nak menjadikan dia bilik girl, terpaksa memasukkan rona-rona pink ke dalam bilik ni. tapi belum boleh buat lagi sebab masih membahagi-bahagikan perbelanjaan untuk bilik2 yang lain juga

vi. bilik imran dan ichsan
suka sangat warna biru bilik ni..sungguh cantik..untuk mengurangkan sriking nya aku letakkan langsir putih..sungguh mendamaikan..aku beli almari putih untuk mereka nampak sungguh cantik..tapi ada barang2 mummy yang belum habis kemas lagi..

v. bilik no 4
bilik kecik ni akhirnya menjadi store sementara. Mula-mula nak jadikan bilik ni bilik study dan bilik solat, tapi sebab barang2 yang tak digunakan lagi ni banyak sangat so penuh bilik ni..tension sungguh.

28 April 2010

mode: pindah randah...

dah sampai masa..kunci rumah dah dapat, akhirnya penantian selama ini berakhir juga..so mujurla cuti semester, dapatla berkemas dan memindahkan barang2 sedikit demi sedikit..banyak sangat barang2 aku ni..maklumla dah 7 tahun berkeluarga dan barang2 pun makin lama makin banyakla kan..sekarang dah 4 trip pergi angkut barang naik kereta..aduih..

14 April 2010

Rumah..


Eiish..eish..eish..lama sungguh nak menunggu rumah baru ni settle..dah siap luaran rumah tunggu grill, baru buat wiring, kemudian tunggu pulak tnb pacak tiang api, tunggu pulak masuk meter, tunggu pintu pagar pulak siap..tunggu..punya tunggu..dan inila gambar latest my house..

03 April 2010

terjumpa video ni...

ha..ha..seronok bila tengok videoa ni..imran masa ni dua tahun lebih kot, dia memang suka sangat menyanyi lagu ni..aku memamg pencinta wanita..

Pecinta Wanita

by Irwansyah

ku temukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yg spt dia
ku harap dlm cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

Chorus:
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

Chorus

kamu memang pecinta wanita
namun kau bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku

Chorus

pecinta wanita
mencintai dia
hanyalah dia



kekadang tengok ichsan sekarang sama pulak dengan muka ichsan..adik beradik la katakan...

13 March 2010

Imran@piano school


imran 1st day @ piano school

with miss cheng


Sekolah YAMAHA pianao ni sebelah je sekolah Da Vinci Izzah so senang la nak hantar mereka2 ni..Imran class Rabu kul 7 - 7.30, izzah pulak same day 7 - 9 malam..so hantar berdua2 ni mummy dan daddy jalan2 ngan ichsan kejap..

Izzah @ art school

Da vinci Kuantan
1st art work..well done..keep it up!!

izzah with afif..ada abang menyebuksss



Dah besar anak dara sorang ni..so ku hantarkan ke sekolah art untuk mengisi masa lapang dia..dan dengan harapan supaya dia lebih berkeyakinan dan berkebolehan untuk mempraktikkan ke'kreativiti'an dia..